Berita

YOLO Malaysia Kini Kembali Beraksi Dengan Membawakan Konsert Terbaharu 3 Generasi Pemuzik Rock Handalan Tanah Air

Buat julung-julung kalinya, 3 pemuzik rock handalan tanah air dari 3 generasi yang berbeza disatukan di atas sebuah pentas buat pertama kalinya menerusi sebuah konsert yang paling ditunggu-tunggu ‘YOLO Live Sessions: 3 Generasi’ dengan membariskan nama-nama besar industri muzik Malaysia seperti Noh Salleh, kumpulan Spider dan band bertaraf legendaris, XPDC, yang dibawakan khas oleh jenama penganjur acara terkenal masa kini, YOLO Malaysia

Bertempat di dewan konsert serba moden, Zepp Kuala Lumpur, Bukit Bintang pada 27 Ogos 2022 mulai jam 8:00 malam, acara tersebut akan menampilkan persembahan bertenaga yang #GerentiRock

Konsert YOLO Live Sessions: 3 Generasi ini tidak seperti konsert-konsert yang biasa diadakan kerana bukan 1 tetapi 3 generasi rock yang berbeza bakal dipersembahkan khas buat penonton dan lebih menarik lagi ia lebih memfokuskan untuk ‘kaki rock’ yang sudah lama mendambakan persembahan secara langsung oleh artis serta band kegemaran mereka, selain berpeluang mendekati bintang-bintang rock kesayangan mereka.

Menurut Hamka Mohd Taufik, selaku Penerbit Kreatif YOLO Malaysia, “Noh Salleh, Spider dan XPDC bukanlah nama kecil dalam dunia rock tempatan kerana masing-masing mempunyai pengalaman dan pencapaian yang membanggakan.

“Kesemua mereka adalah ‘otai’ rock dengan pendekatan yang berbeza, masing-masing ada signature mereka tersendiri seperti pengaruh alternatif, ska dan juga metal.

“Setiap pembeli tiket pasti dapat merasai pengalaman yang berbeza apabila berada di dewan konsert ZEPP Kuala Lumpur itu nanti kerana ruangan yang disediakan dilengkapi dengan peralatan moden yang berkualiti tinggi bagi memastikan pengalaman yang maksimal.

Tiket-tiket konsert yang dijual berharga pada kategori Rockzone (RM328), Free Standing (RM288), Category A Seating berserta ‘meet & greet’ (RM338), Category B Seating (RM 318) dan SVIP Private Box (RM6,288).

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web yoloasia.com dan jangan lupa ikut laman sosial:

Instagram:  YOLO Malaysia (@yolo_malaysia) 

Facebook:   YOLO Malaysia – Home | Facebook

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button