Berita

WTCKL Menyantuni Anak-Anak Yatim Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Cahaya Kasih

Sudah semestinya bulan Ramadan yang mulia membawa seribu satu kebaikan bagi seluruh umat Islam yang menantikan kehadirannya pada setiap tahun kerana ganjaran pahala berlipat kali ganda yang dijanjikan oleh Allah S. W. T.

Oleh itu, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) tidak melepaskan peluang untuk meraikannya dengan menyantuni 30 orang anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Cahaya Kasih melalui hidangan juadah enak di Majlis Berbuka Puasa Jalinan Iftar. Suasana majlis turut dimeriahkan oleh barisan artis tanah air popular seperti Asmidar, Sixth Sense, Nasz Sally, Inteam , Mei Fen, Farah Ahmad, Faez Malek, Izmir Fareez dan ramai lagi.

                                    Nasz Sally 
                                        Inteam
                                       Mei Fen

Penganjuran program amal ini dapat dilihat membuahkan impak positif seperti jalinan ukhwah dapat dieratkan dan membentuk perpaduan di kalangan masyarakat berbilang bangsa. Diharapkan program-program seperti ini mampu membangkitkan semangat serta keterujaan kepada golongan kurang bernasib baik untuk meraikan bulan Ramadan Al-Mubarak.

Tambahan pula, pengurusan WTCKL juga tidak ketinggalan untuk meneruskan kerja-kerja amal seperti tahun sebelumnya seperti penajaan bungkusan makanan juadah berbuka puasa kepada fakir miskin dan gelandangan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.  Sumbangan berupa makanan dan wang tunai turut disalurkan ke rumah penjagaan orang tua dan anak yatim melalui kolaborasi beberapa rumah kebajikan lain.

“Menyumbang kembali kepada masyarakat yang memerlukan adalah nilai murni yang cuba diterapkan oleh WTCKL sama ada melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) mahupun melalui sumbangan secara terus ke rumah kebajikan melalui tajaan amal.  Kita juga berharap agar perniagaan kita bertambah dan berkembang maju supaya dapat berkongsi rezeki dengan lebih ramai lagi pihak di masa hadapan” ujar Pengarah Urusan Kumpulan WTCKL, Dato’ Seri Irmohizam Ibrahim.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button