Berita

Wings kembali dengan Showcase Wings One Night Only Live in Kuching  

Setelah sekian lama tidak muncul dengan persembahan berskala besar, Wings kemabali menerusi Showcase Wings One Night Only Live in Kuching Sarawak pada 27 Ogos 2022.

Wings dianggotai oleh Dato’ Awie (vokalis), Syam dan Edrie (pemain gitar), Eddie (pemain bass) serta Black (pemain dram). Merupakan kumpulan lagenda rock yang mempunyai peminat tersendiri dan luar biasa.

Anggota kumpulan Wings

Kredibiliti yang dibawa Wings sepanjang 38 tahun dalam industry muzik tanah air menjadikan mereka kumpulan yang cukup disegani.

Penganjur Bidari Mohamad Suhaili dari BMS Event berkata, alasan utama membawa Wings masuk ke Kuching adalah kumpulan itu mempunyai ramai peminat selain vokalis Datuk Awie yang ada peminat tersendiri.

“Jika ditanya pada pihak lain pun, mereka pasti memberikan alasan yang sama. Malah, pada persembahan Raikan Cinta Ramadan Wings pada bulan Ramadan lalu juga berjaya. Ini bukti persembahan Wings tetap dinanti pada bila-bila masa,” katanya.

Mubarak Akhtar, Pengarah Urusan HS Shazlicious selaku penganjur bersama Showcase Wings One Night Only Live in Kuching berkata Kuching antara lokasi yang sentiasa dinantikan peminat Wings di sana.

Sidang Media Showcase Wings One Night Only Live in Kuching

Showcase Wings One Night Only Live in Kuching dibuat seminggu selepas Showcase Romantika Awie di Kota Kinabalu, Sabah.

Menurut Mubarak Akhtar, Dato’ Awie selaku penyanyi utama Wings bersetuju untuk menjayakan dua persembahan besar ini dalam jarak seminggu. Malah dari segi latihan pun tidak ada masalah. Bagi Awie, cukup masa rehat seminggu.

Datuk Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, vokalis kumpulan Wings

Showcase Wings One Night Only in Kuching yang berdurasi dua jam ini bakal menyaksikan Wings menyampaikan hampir 20 buah lagu.

Tiket akan mula dijual pada 24 Jun ini melalui pasukan pemasaran BMS Event. Harga tiket dibahagikan kepada beberapa kategori bermula dari RM3000 hingga RM12,000 untuk 10 orang semeja.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Check Also
Close
Back to top button