Berita

WANI KAYRIE & YONNYBOII NYANYIKAN ‘SEMANGAT LEBARAN KITA’

Duta ‘Ramadan-Raya 2022’ Astro Yang Viral Dengan Lagu ‘Kamu Kamu’ & Bintang Hip Hop Popular Digabungkan Menerusi Sebuah Single Raya Rancak

Bagi memeriahkan sambutan Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi, dua label hiburan popular negara, Rocketfuel Entertainment dan Def Jam Recordings Malaysia mempersembahkan sebuah single raya istimewa berjudul SEMANGAT LEBARAN KITA gabungan yang mantap dari penyanyi muda wanita yang berbakat Wani Kayrie dengan penyanyi rap-penggubah lagu sedang meledak, Yonnyboii.

Wani Kayrie atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah bersyukur kerana diberi kepercayaan sekali lagi oleh pihak Rocketfuel untuk tampil dengan sebuah lagu Raya yang istimewa bersama Yonnyboii selepas single terbarunya itu yang berjudul ‘Kamu Kamu’ dilancarkan.

Selain itu, Pihak astro juga turut berbesar hati melantiknya sebagai duta Ramadan-Raya untuk tahun 2022. Tajuk single SEMANGAT LEBARAN KITA nyanyian mereka berdua ini turut menjadi tema sambutan sepanjang bulan Ramadan dan menjelang Raya nanti oleh pihak Astro.

Yonnyboii menerima pelawaan dengan hati yang terbuka dari pihak label (DefJam Recording) untuk berkolaborasi bersama wani dalam sebuah lagu Raya dari pihak Rocketfuel. Katanya.

Jelas Wani apabila ditanya tentang maksud SEMANGAT LEBARAN KITA: “Lagu ini menceritakan tentang kejayaan rakyat Malaysia dalam menyambut Aidilfitri dalam era endemik setelah lebih 2 tahun terpaksa beraya tanpa keluarga tercinta di kampung halaman. Sekarang tibalah waktu yang dinanti-nantikan oleh semua untuk kembali beraya seperti lazimnya dengan norma baru.

“Setelah negara memasuki fasa endemik, tibalah masanya untuk kita berkumpul kembali sebagai sebuah keluarga besar dalam meraikan kejayaan ini, semoga SEMANGAT LEBARAN KITA menjadi penyeri pada Aidilfitri nanti .

Lagu SEMANGAT LEBARAN KITA boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan dan boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian utama seperti Joox, KKBOX, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

Manakala MV single ini boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button