Berita

Vivo Malaysia Dan Hap Seng Star Berkongsi Idea Yang Membawa Kepada Meningkatkan Kehidupan Melalui Teknologi

Siri vivo X80 dan Mercedes-Benz S580e mendahului dalam memacu inovasi teknologi untuk memartabatkan gaya hidup Malaysia.

Sidang media kolaborasi julung antara dua jenama besar itu diadakan di Hap Seng Star KL Autohaus in Menara Hap Seng.

“Kami teruja untuk bekerjasama dengan Hap Seng Star, kerana kami percaya kedua-dua vivo dan Hap Seng Star mempunyai banyak persamaan, iaitu untuk membawa produk terbaik kami kepada pelanggan kami. vivo komited untuk membawa ‘Joy of Humanity’ melalui teknologi, dan kami berharap melalui kerjasama seperti ini, akan ada lebih banyak lagi yang boleh kami lakukan untuk mencipta masa depan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia,” kata Mike Xu, Ketua Pegawai Eksekutif vivo Malaysia.

Sebagai sebuah syarikat teknologi global, vivo terus menawarkan teknologi inovatifnya untuk penggunanya, menjadikan kehidupan lebih mudah dan terhubung. Sehingga Februari 2022, vivo telah menyerahkan lebih 4,000 paten ciptaan 5G, dan telah mula menyelidik dalam sambungan 6G untuk membawa pengguna teknologi rangkaian yang lebih pantas dan lebih baik menjelang 2030. Bekerjasama dengan ZEISS, vivo menawarkan teknologi imejan mudah alih terkemuka dalam telefon pintarnya, dengan yang terkini menjadi siri vivo X80.

Untuk maklumat lanjut, sila layari facebook rasmi vivo Malaysia.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button