Berita

Terpaling Juara Episod Akhir

Setiap minggu, bahagian Terhangat Minggu akan mengisytiharkan prestasi minggu ini, dan pemenang akan mendapat wang tunai RM5,000. Pemenang dipilih menggunakan gabungan 30% undian dalam talian di www.xtra.com.my/terpalingjuara dan 70% daripada skor gabungan hakim tetap Datuk Hattan dan Fauziah Latiff.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam, Terpaling Juara juga dapat disaksikan dengan strim langsung secara definisi tinggi di laman portal video www.tonton.com.my

‘Terpaling Juara’ mempertaruhkan 3 kapten yang merupakan penyanyi, penggubah lagu dan penulis lirik yang berbakat besar serta pemilik trofi Juara Lagu di anugerah paling berprestij  untuk membimbing seorang penyanyi senior dan seorang bintang baharu untuk menjayakan persembahan mingguan yang bertemakan #playlistAJL.

Lagu – lagu popular AJL akan diberikan nafas baharu dan pasti menggamit nostalgia penonton Terpaling Juara!

Terpaling Juara menampilkan vivo Malaysia sebagai penaja utama, Nivea sebagai penaja bersama, Hot FM sebagai rakan radio rasmi, Berita Harian dan Harian Metro sebagai rakan media rasmi serta Xtra dan Oh Bulan! sebagai rakan digital.

Sidang produksi Terpaling Juara diketuai oleh Nurhul Huda Haji Khalid sebagai penerbit eksekutif kanan, Ikha Arnisya Mohd Anuar sebagai penerbit eksekutif, dan Azrul Effendi Abdullah sebagai penerbit.

Hos Program

Haziq Hussni dan Shiha Zikir

Juri Tetap

Dato’ Hattan dan Fauziah Latiff

Juri Jemputan

Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Kapten & peserta

Kapten Akim Ahmad

Hazami

Aqeesh (Aqeesh Aleeya) – Tersingkir pada episod 6

Kapten Hael Husaini

Rahmad Mega

Shaz (Shazreen Shaharum)

Kapten Naim Daniel

Ifa Raziah – tersingkir pada episod 4

Aqmal (Aqmal Ramdan)

Senarai Pemenang & Hadiah

Juara – Trofi & Hadiah Wang Tunai RM100,000

Rahmad Mega (Kapten Hael)

Tempat kedua – Trofi & Hadiah Wang Tunai RM 50,000

Aqmal (Kapten Naim)

Tempat ketiga – Trofi &  Hadiah Wang Tunai RM 30,000

Hazami (Kapten Akim)

Tempat keempat – Trofi & Hadiah Wang Tunai RM 10,000

Shaz (Kapten Hael)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button