Berita

TERIMA KASIH CINTA DI SLOT AKASIA TV3 BERMULA 30 NOVEMBER 2022

 

Petaling Jaya, 1 Disember 2022 – Raihana dan Harris bergaduh dan tidak bersetuju selepas bertemu dengan kakak Raihana, Lea dan dua anak perempuannya Yaya dan Lea. Harris mempamerkan sikap bongkak dan bongkaknya dengan menegaskan bahawa dia tidak memerlukan bantuan Raihana dalam menjaga anak-anaknya.

Terbaharu di slot Akasia, pastikan anda tidak ketinggalan untuk terus menyaksikan drama bersiri 20 episod ‘Terima Kasih Cinta’ yang telah bermula pada 30 November 2022, setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 7.00 malam  dan strim secara langsung dalam HD di www.tonton.com.my 

 

Drama bersiri ini merupakan terbitan Global Station Sdn Bhd dan diarahkan oleh Azri Izhar. Drama adaptasi novel Terima Kasih Cinta karya Aisya Sofea ini menemukan pelakon-pelakon hebat seperti Amar Baharin, Anna Jobling, Rita Nadira, Azrel Ismail, Wan Sharmila, Aida Khalida dan ramai lagi. 

Harris (Amar Baharin) merupakan seorang doktor pakar di sebuah hospital swasta. Dia juga adalah seorang bapa tunggal yang mempunyai dua orang anak iaitu Yaya dan Lea. Harris baru sahaja berpindah ke kondominium yang lebih berdekatan dengan tempat kerjanya supaya senang dia berulang alik.

 

Yaya dan Lea masih kecil belum pandai untuk berdikari. Mereka masih mengharapkan belas kasihan seorang ibu. Saat itulah Harris datang melamar mahu memperisterikan Raihana (Anna Jobling) demi anak-anaknya yang sudah menganggap Raihana sebagai ibu mereka. Namun Harris bukan lelaki idaman Raihana. Biarpun sudah menginjak usia, tapi dia belum terdesak untuk menamatkan zaman bujangnya.

 

Mampukah kebahagiaan jadi milik Raihana jika kasih sayang hanya datang dari Yaya dan Lea sahaja? Cinta bukan segalanya tetapi ia penting dalam membina rumah tangga bahagia. Apakah cinta mampu dimilikinya jika cinta lelaki itu hanya pada arwah isterinya? Atau adakah Raihana sekadar pengasuh dan penjaga kedua-dua orang anaknya?

Jangan lupa temujanji anda untuk menonton Terima Kasih Cinta menerusi slot Akasia, setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 7.00 malam atau strim secara langsung dalam HD di www.tonton.com.my 

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button