Berita

Teater Dara & Makcik Bawang Menemui Anda Tidak Lama Lagi !

Sebuah karya bergenre komedi bakal dipersembahkan tidak lama lagi hasil kerjasama Gagasan Anak Seni (GAS) dan CTRA Production dengan teater yang bertajuk Dara & Makcik Bawang arahan Zanahariah Jaafar dan terbitan oleh Siti Rohayah Attan.  Teater ini turut disokong oleh Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya (MOTAC), Dewan Bahasa dan Pustaka (DPB) serta Jabatan Kebudayaan Negara (JKKN).

Selain itu, teater Dara & Makcik Bawang menampilkan barisan pelakon terkenal tanah air seperti Fauziah Ahmad Daud (Aminah), Liza Abdullah (Tuminah),  Ziela Jalil (Kamariah), Mak Wan (Dadamiah), Deera Amin (Senah), Pavy Raj (Lalita), Anis Exora (Peot) dan Joyce Alau (Teh).

Teater ini mengisahkan Makcik Aminah lakonan Fauziah Ahmad Daud merupakan seorang pengusaha pelbagai produk bawang di bawah Syarikat Bawang di Kampung Sukahati sedang menganjakkan perniagaanya ke tahap lebih global dan dikenali seiring dengan kemajuan teknologi terkini.  Makcik Aminah turut dibantu oleh Peot, Senah, Lat dan Teh adalah gadis sebaya yang akrab sejak di bangku sekolah sehingga berkerjaya.

Mereka berempat diteladani oleh Cikgu Siti, guru sastera dan bahasa yang sayangkan kampung dan cintakan warisan.  Cikgu Siti mencadangkan agar kelab warisan ditubuhkan dan dilancarkan bersama pertandingan berasaskan bawang oleh syarikat Makcik Aminah.  Namun, empat dara berdepan dengan masalah Dadamiah sahabat niaga Makcik Aminah yang dibuli oleh anak-anak buahnya Tuminah dan Kamariah untuk mendapatkan wang.  Makcik Aminah juga terpalit berkaitan tuntutan wang pusaka Dadamiah dengan alasan yang direka-reka.

(p2) Teater Dara & Makcik Bawang akan berlangsung di Kompleks JKKN Melaka selama tiga hari bermula dari 22 Julai sehingga 24 Julai 2022 pada jam 3.00 petang dan 8.30 malam.  Harga tiket teater Dara & Makcik Bawang boleh didapati pada harga RM 20.00, RM 50.00 dan RM 200.00.

Untuk keterangan dan maklumat lanjut mengenai teater Dara & Makcik Bawang, sila hubungi di talian +601110105236.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button