Berita

Tak mungkin saya bercinta denga Vida

Selepas hampir lima bulan pemergian isteri tercinta, Allahyarham Siti Sarah, pelawak Shuib Sepahtu mengakui sedang mengenali wanita lain.

Bagaimanapun, Shuib mendedahkan jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida bukanlah individu yang sedang dikenali buat masa ini.

Kata Shuib lagi, dia bagaimanapun selesa berkawan dengan Vida atas urusan perniagaan makanan yang diusahakan bersama sejak arwah isterinya Siti Sarah masih ada lagi.

“Vida bukanlah individu yang sedang saya berkawan sekarang. Walaupun ramai yang cuba meneka dengan menamakan beberapa individu lain tapi identitinya biarlah rahsia sebab kami masih dalam peringkat perkenalan.

“Sebenarnya saya dengan Vida sudah lama berkawan sejak arwah Siti Sarah masih ada lagi. Kami sama-sama berkolaborasi menjalankan perniagaan Unagi,” katanya.

Menurut Shuib tidak mungkin mereka akan bercinta apatah lagi dia mencari individu yang sederhana serta mampu menjaga anaknya yang masih kecil.

“Tak mungkinlah saya akan bercinta dengannya. Lagipun kami berdua tak sepadan sebab dia memiliki pengaruh yang terlalu besar dan memiliki segala-galanya.

“Sementara saya mencari seseorang yang sederhana dan mampu menjaga anak-anak saya yang masih kecil sebaik mungkin,” katanya.

Jelas Shuib lagi, siapa pun wanita yang akan menjadi jodohnya nanti perlu mendapat persetujuan daripada ibu serta anak-anaknya.

“Kalau boleh soal jodoh ini saya tak mahu bercerita sangat sebab terlalu sensitif. Lagipun jodoh ini rahsia Allah. Saya boleh merancang dengan siapa yang saya nak berkawan tapi tak tahu adakah dia jodoh terbaik saya.

“Cuma andai satu hari saya terbuka hati untuk berkahwin, wanita ini perlu mendapat persetujuan daripada ibu dan anak-anak saya terlebih dahulu,” katanya.

Terdahulu, Vida berkata dia tidak menolak jika ditakdirkan bercinta dengan Shuib serta mengatakan pelawak itu mempunyai ciri-ciri lelaki idamannya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button