Berita

SUMBANGAN RM4,000 WAQAF AL-QURAN DAN SUMBANGAN BARANG DAPUR RM1,000 KEPADA MAAHAD TAHFIZ

Majlis Sumbangan Wakaf Al-Quran hari ini telah diadakan di Maahad Tahfiz An-Nur (MATAN) Taman Puchong Intan, Puchong, oleh Exco Generasi Muda, Sukan, dan Modal Insan Kerajaan Negeri.

Ini adalah kali pertama Kerajaan Negeri bekerjasama dengan MATAN, sebuah pusat pembangunan Al-Quran, fiqh, tajwid dan akhlak yang membangunkan anak-anak hafiz, hafizah, alim, dan alimah di kalangan belia Selangor.

Sebagai tanda terima kasih, Kerajaan Negeri menyampaikan sumbangan RM4,000 waqaf Al-Quran dan RM1,000 kepada pengurusan maahad tahfiz kepada Al-Fadil Imam Abdul Hadi Bin Sabran, Pengurus MATAN. Program yang berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari itu termasuk persembahan pelajar tahfiz Qasidah Soutul Matan.

Dasar Modal Insan Selangor, Domain 5: Pemantapan Nilai Agama dan Norma Tempatan, turut menekankan komponen keagamaan dalam pembangunan modal insan di negeri Selangor. Domain ini memberi tumpuan kepada memperkukuh kepercayaan agama dan norma tempatan, yang kedua-duanya penting untuk pembangunan modal insan yang inklusif. Pegangan agama yang kukuh didakwa mampu mencorakkan kehidupan seseorang berdasarkan nilai-nilai murni agama.

Semoga dengan sumbangan ini, pihak pengurusan tahfiz dapat membantu dalam pembangunan modal insan yang cemerlang dan seterusnya melahirkan masyarakat madani di negeri Selangor.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button