Berita

STATSDW Pemacu Inovasi Sistem Pengurusan Gudang Data Kerajaan

YB Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) merasmikan pelancaran Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) iaitu Statistic Data Warehouse (StatsDW) bertemakan “Brings Data to Life”.

(p2) “Brings Data to Life” diangkat sebagai tema Statistic Data Warehouse (StatsDW) sebagai pelancaran oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang dirasmikan YB Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi).

StatsDW merupakan sistem pengurusan gudang data yang berperanan sebagai pusat simpanan data ekonomi dan sosial daripada pelbagai banci dan survei yang dilaksanakan oleh DOSM.  Selain itu, pelbagai kemudahan disediakan dengan capaian pantas dan mudah kepada data siri masa yang disimpan dan menyediakan akses yang lebih luas kepada pengguna mengikut keperluan dan tahap capaian yang dibenarkan.  Pengguna boleh meneroka dan melaksanakan analisis lebih berkesan dengan penggunaan platform interaktif melalui eDataBank, Data Visualisation dan Mobile Discovery.

Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin selaku Ketua Perangkawan Malaysia berkata “Statistics Data Warehouse (StatsDW) adalah sebuah platform paparan maklumat berbentuk interaktif meangkumi modul Insightful Business Intelligence (eData dan Data Visualisation), Virtual MyLab dan Actionable Analytics yang boleh diakses oleh semua pengguna umum secara percuma melalui portal DOSM.  StatsDW telah dinaik taraf seiring dengan perubahan teknologi sejak pengoperasinya pada November 2016 menerusi StatsDW 2.0 bermula tahun 2020.”

Selain itu, StatsDW 2.0 merupakan satu solusi bagi menampung limpahan data dari pelbagai sumber di mana data sebagai komoditi bernilai tinggi ini turut tersedia di pelbagai agensi.  StatsDW 2.0 juga dibangunkan bagi mendukung perubahan platform intergrasi dan koordinasi data bervolum tinggi yang lebih berkesan serta selari dengan era kerajaan digital dan data raya dengan seiring evolusi teknologi.  Selain itu, ia juga dapat menggalakkan perkongsian data antara agensi sektor awam, meningkatkan budaya penggunaan data dan memberi nilai tambah bagi penghasilan data yang berkualiti.

Pelbagai jenis analitik berbeza merupakan akses yang diberikan oleh pengguna data StatsDW 2.0 sebagai pilihan.  Kedua-dua pengguna dalaman dan luaran DOSM boleh memaparkan dashboard dan laporan yang boleh dimuat turun menerusi Insightful Business Intelligence.  StatsDW 2.0 mampu menjadi medium pengkayaan kemahiran pembangunan kapasiti saintis data DOSM dan sektor awam dengan penggunaan advanced statistical tools dalam penghasilan analisis statistik rasmi negara.

Di samping itu, StatDW turut mengandungi historical data pelbagai dimensi yang dapat mempertingkatkan kualiti analisis data seterusnya dapat memberikan sudut pandangan lebih tepat

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button