Berita

STARVENDORS MEGA RAYA FEST KEMBALI MEMERIAHKAN SYAWAL ANDA

Bertempat di WTC pada 22 April hingga 24 April, jenama beli belah terbesar tanah air StarVendors Mega Raya Fest kembali untuk memeriahkan Syawal pengunjung selepas 2 tahun tidak dapat dilaksanakan ekoran penularan wabak Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam negara.

Festival ini dirasmikan oleh YB Tan Sri Noh bin Haji Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP). Menurut Tan Sri Noh bin Haji Omar, kerajaan sentiasa menyokong usaha untuk melahirkan usahawan-usahawan yang berdaya tahan dan berdaya saing.

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui SME Corp. Malaysia membantu para usahawan dengan membiayai sebahagian daripada kos penyertaan mereka di festival ini. Usaha ini sekaligus dapat membantu merancakkan semula aktiviti perniagaan supaya ekonomi terus berkembang.

Festival tahun ini turut dihadiri oleh Dato’ Sri Ismail bin Yaakob, YAB Perdana Menteri pada malam 24 April 2022. Pada malam tersebut, acara cabutan bertuah turut diadakan dan menawarkan 2 hadiah utama motosikal RXZ. Pengunjung hanya perlu membuat pembelian serendah RM50 dalam satu resit dari mana-mana gerai jualan yang ada serta membeli produk premium keluaran StarVendors bernilai dari RM10 untuk melayakkan mereka menyertai peraduan Shop & Win Havoc di StarVendors Mega Raya Fest ini.

Ifa Raziah selaku Pengarah Urusan dan Pengasas StarVendors Event Sdn. Bhd.

Pengarah Urusan dan Pengasas StarVendors Event Sdn. Bhd., Ifa Raziah berkata, matlamat penganjuran kali ini tetap sama seperti sebelumnya iaitu bagi memberi platform kepada usahawan tempatan untuk berniaga.

StarVendors Mega Raya Fest, Festival Gaya Raya tahun ini membabitkan 55 artis tanah air yang turut membuka ‘booth’ akan menjual rangkaian produk mereka sendiri. Antara artis yang terlibat ialah Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Dato’ AC Mizal, Dato’ Sri Vida, Dato’ Aliff Syukri, Hairul Azreen, Hanis Zalikha, Fazura, Fattah Amin, Shahiezy Sam, Syatilla Melvin, Dato’ Fizz Fairuz, Dato’ Jovian Mandagie, Fad dan Acey Bocey.

‘Booth’ jualan Dato’ Aliff Syukri

Berikutan pada tahun 2019, jumlah pengunjung mencatatkan seramai 1.2 juta orang. Pada tahun ini StarVendors menyasarkan peningkatan jumlah pengunjung kerana sudah 2 tahun acara seumpama ini tidak diadakan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button