Berita

SLOT AKASIA TV3 BERSIARAN SETIAP HARI, 7.00 MALAM BERMULA 2 JANUARI 2023

Nabila Aulia ditimpa ujian berbeza kerana dengki dan cemburu sehingga perkahwinannya tergadai. Masih adakah harapan untuk Nabila Aulia dan Tengku Aisy menemui kebahagiaan selepas kebenaran terbongkar? Kerana Cinta Itu Ada, drama bersiri baharu lakonan Aedy Ashraf dan Nabila Razali, akan ditayangkan di Akasia TV3 pada 28 Disember 2022, dan akan disiarkan secara langsung di www.tonton.com.my

Drama bersiri 28 episod terbitan Global Station Sdn Bhd diinspirasikan daripada novel Kerana Cinta Itu Ada karya Sophilea. Diarahkan oleh Azri Izhar dan penghasilan skrip oleh Sophilea dan Zarihah Hassan, ia menampilkan barisan pelakon popular seperti Aedy Ashraf, Nabila Razali, Puteri Khareeza, Alvin Chong, Syazuwan Hassan, Raden Zaharatul, Anas Ridzuan, Emelda Rosemila, Edika Yusof, Mas Anizan, Dian P Ramlee, dan ramai lagi.

Pertemuan Nabila Aulia ataupun Bella (Nabila Razali) dan Tengku Aisy Mateen (Aedy Ashraf) dimulakan dengan insiden pergaduhan kerana berebut bunga Lily di kedai bunga. Bella berhenti kerja di sebuah hotel dan pulang ke kampungnya.

Tengku Aisy mengambil keputusan untuk mengambil alih hotel milik bapanya setelah terdengar perbualan Zhafran (Syazuwan Hassan) dan ibu tirinya, Tengku Lydia (Emelda Rosemila)  yang ingin membolot semua saham hotel bapanya. Keputusan ini telah membawa kepada pertemuan semula Aisy dan Bella yang kini menguruskan resort milik keluarganya di kampung, Vila Paksina.

Zhafran memperkenalkan Dahlia (Puteri Khareeza) kepada ibu angkatnya, Tengku Lydia tapi Dahlia dihina oleh Tengku Lydia. Zhafran yang terpengaruh dengan kata-kata Tengku Lydia mula mengejar cinta Bella dan tinggalkan Dahlia.

Kedatangan Tengku Aisy telah menarik perhatian Dahlia. Dahlia cuba memikat Tengku Aisy tetapi Tengku Aisy telah melamar Bella sebagai isterinya. Dahlia semakin membenci Bella tetapi dia masih berbuat baik dengan Bella demi kepentingannya.

Menjelang hari pernikahan, Bella difitnah mempunyai hubungan dengan Rayyan (Alvin Chong). Oleh kerana trauma dengan kecurangan bekas tunang, Aisy terus menghukum Bella tanpa berfikir secara rasional. Aisy mahu memutuskan pertunangan tetapi Bella merayu Aisy untuk hadir ke majlis pernikahan demi maruah ibu bapanya. Aisy bersetuju dengan mengenakan syarat pada Bella.

Aisy menyakiti hati Bella dengan tindakan memilih Dahlia. Bella semakin terluka melihat Aisy dan Dahlia. Bella nekad sambung belajar dan meninggalkan surat untuk Aisy melepaskannya. Setelah beberapa tahun, Bella pulang ke Malaysia dan terkejut bahawa dia masih isteri yang sah kepada Aisy.

Masihkah ada peluang untuk Aisy membetulkan kesilapannya? Dapatkah Bella menerima Aisy kembali sebagai suaminya? Apakah yang terjadi kepada Dahlia yang sanggup mengkhianati sahabat baik demi kepentingan diri?

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Kerana Cinta Itu Ada menerusi slot Akasia mulai 28 Disember 2022 dan strim secara langsung di www.tonton.com.my Slot Akasia akan bersiaran pada setiap hari, pukul 7.00 malam bermula 2 Januari 2023.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button