Berita

SITI SALEHA MELENGKAPKAN TRIO PEMERKASAAN WANITA DALAM ‘WOMEN TALK’

TV3 dan www.tonton.com.my menyiarkan program bual bicara WOMEN TALK bermula 2 April lalu. Program ini menampilkan pengacara utama Deborah Henry dan pengacara bersama, Zoraya Vadillo. Menariknya, Pengacara dan pelakon Siti Saleha bakal melengkapkan program ini sebagai pengacara bersama. Bakal membuat penampilan bermula 14 Mei. Pelakon drama terkenal 7 Hari Mencintaiku ini akan berkongsi pandangan dan berbincang dengan lebih lanjut tentang isu-isu yang menjadi focus utama dalam kalangan wanita.

Pengacara trio berpengalaman ini akan meneruskan perbincangan topik dan isu yang menarik untuk golongan wanita bersama dengan tetamu dan ikon jemputan. Antara topik yang akan dikupas adalah berkaitan dengan industri perniagaan, membincangkan perceraian, peranan wanita dalam kepemimpinan, stabiliti kewangan, langkah ke arah kecantikan dan banyak lagi. Tetamu yang dijemput adalah mereka yang berpengalaman dalam bidang berkaitan topik mingguan.

Sebelum ini, Women Talk juga telah mengupas topik-topik penting dalam memperkasakan wanita seperti meraikan kemenangan wanita Malaysia bersama Datuk Nicol David dan wakil United Nations Datuk Noor Farida Ariffin, kerisauan berkaitan gangguan seksual bersama peguan kes gangguan seksual Datuk David Morals dan ahli pakar Anti-Gangguan, Buli dan Diskriminasi Emilia Sharff, soalan-soalan berkaitan wanita dan kanak-kanak dan program vaksinasi Covid-19 bersama Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Dr Adeeba Kamaruzaman dan doctor terkenal sosial media Dr Malar Santhi dan banyak lagi.

Women Talk juga boleh didapati di www.tonton.com.my dan saluran rasmi TV3 di Youtube. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram dan Twitter di @TV3Malaysia.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button