Berita

Siri Filem Bergenre Seram Suspen “Bloody Smart” Kini Memulakan Penggambaraan

Sebuah karya manga seram Jepun oleh Junji Ito diadaptasi ke sebuah filem berjudul “Bloody Smart” dengan genre seram suspen terbitan Miracle Production House dengan kerjasama oleh pihak Taiwan Mobile, UDNdnFunLife, CTBC Venture Capital, Lots Home Entertainment, Jazzy Pictures Malaysia, Angelic-Founder dan Bingo-Fund.

Majlis perasmian “Bloody Smart” telah diadakan baru-baru ini dengan melibatkan Chun-Yi sebagai pengarah filem dan Guo-Lun Hsu sebagai penerbit serta menampilkan barisan pelakon seperti Gigi Leung, Buffy Chen, Jie-En Yu, Rin Zheng, Liu Hsiu-Fu, Devin Pan dan Edison Song.  Menariknya, ini merupakan kemunculan Gigi Leung sebagai pelakon utama setelah tiga tahun tidak beraksi dalam sebarang drama ataupun filem Taiwan.  Gigi Leung turut berkata beliau menantikan filem ini dan merindui penonton dan rakan-rakan dari negara Taiwan.

Secara rasmi diumumkan “Bloody Smart” merupakan filem pertama berbahasa Cina adaptasi daripada karya Junji Ito serta merupakan filem multinasional dengan kerjasama kolaborasi dari negara Taiwan dan Jepun.  Uniknya, sebuah video dirakamkan khas kepada pengarah dan kru produksi dimana melihatkan Junji Ito mengucapkan salam dan membacakan judul filem “Bloody Smart” dalam Bahasa Cina.

“Kisah Bloody Smart” amat mendebarkan serta menarik dengan penggambaraan mengikut gaya En. Junji Ito serta ia merupakan cabaran yang hebat untuk seluruh pasukan produksi dan saya berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripadanya” ujar Gigi Leung.  Guo-Lun Hsu selaku penerbit filem “Bloody Smart” berkata “watak-watak di dalam filem ini dipilih mengikut kehendak dan kriteria ditetapkan dan selepas pemantauan teliti yang dilakukan oleh krew produksi, kami berharap dapat perasaan yang baharu dapat ditimbulkan semasa menonton filem ini kelak”.

Selain itu, penerbit bersama Daphne Lee, Naib Presiden Taiwan Big Brother New Media meluahkan berasa amat optimistik dengan penerbitan filem ini dan percaya filem kreatif ini akan mengagumkan setiap penonton kerana terdapat ramai peminat filem oleh Junji Ito di MyVideo!  Tidak ketinggalan, “Bloody Smart” akan mencipta wajah baharu untuk filem di Taiwan dan menantikan pengalaman kebangkitan lima deria oleh filem “Bloody Smart” tambah Pengasas Angelic.

Filem “Bloody Smart” diarahkan dan ditulis oleh Chun-Yi Hsieh serta Yu Pei, Zheng Ya-Lan sebagai penulis bersama serta gandingan barisan pelakon yang professional termasuk Gigi Leung, Buffy Chen, Jie-En Yu, Elly Hsu, Rin Zheng, Liu Hsiu-Fu, Devin Pan, Edison Song dan Ruby Zhan.  “Bloody Smart” mempunyai prototaip yang terbaik, skrip yang luar biasa dan pelakon yang spesifikasi sinematik yang mampu membawa Junji Ito ke dunia berdimensi.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button