Berita

SIQMA FEATURING AFIF TIRMIZIE, HARAP MAGIS BINTANG

Nama penyanyi dan rapper Sigma sudah meniti di bibir peminat lantaran rap yang disampaikan memiliki rentak dan gaya tulisan berkonsepkan ritma atas puisi. Rahmat Zulhilmi Abdul Razak, 27, atau lebih dikenali sebagai Sigma meraih popularitinya menerusi lagu-lagu ciptaannya sendiri yang dikongsi di YouTube sejak 2017 sudah cukup membuktikan dia memiliki kelompok peminat tersendiri.

Sigma pernah melancarkan beberapa single antaranya Salam 1001, Cemas, Raja Simurgh dan Dipinggirkan, Sigma kini telah muncul dengan buah tangan terbaharu berjudul BINTANG berkolaborasi bersama penyanyi Afif Tirmizie.

Lagu terbarunya yang berjudul BINTANG itu dicipta oleh dirinya bersama KmyKmo dan diterbitkan oleh syarikat rakaman Universal Music Malaysia. Lagu itu juga lebih kepada cinta, memori dan duka seseorang.

“Alhamdulillah, proses penulisan lagu ini berjalan lancar dan mudah dengan dibantu oleh Kmy Kmo. Cuma di bahagian verse sedikit sukar dan mengambil masa untuk saya pilih, gabungkan dan selarasakan dengan korus dan ‘bridge’ yang sudah kami buat,” katanya.

Malah, bagi Siqma pemilihan Afif tepat selain banyak membantu dalam memudahkan lagi proses rakaman vokal dan video muzik.

“Untuk lagu BINTANG ini, saya tidak meletakkan harapan yang tinggi seperti mana ada saya katakan dalam lagu ini ‘sudah ciptakan harapan dibalas radiasi’ yang mana kadang kala harapan yang tinggi boleh menjatuhkan kita semula dengan kekecewaan. Pendek kata, lagu ini tiada sebarang harapan hanya sekadar lagu yang ingin saya kongsikan kepada pendengar,” katanya.

Sementara itu, Afif yang pertama kali bekerjasama dengan Siqma memuji kolaborasi mereka yang disifatkan sesuatu yang profesional.

Lagu BINTANG sudah dilancarkan di semua platform penstriman muzik sejak 10 Jun lalu dan video muzik rasmi Bintang bakal dilancar dan ditayangkan pada 17 Jun ini, jam 9 malam di saluran YouTube Siqma.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button