Berita

Single kedua Abigail Chew, Traps 

Prodigi muzik kelahiran Kuala Lumpur, Abigail Chew kini kembali setelah hampir setahun menyepi. Abigail kini kembali dengan single kedua ciptaan penuh beliau bertajuk ‘Traps’.

Menariknya single kedua Abigail ini merupakan lagu kolaborasi beliau bersama rapper terkenal Lil J.

Pada awal pembikinan lagu Traps, Abigail merasakan ada sesuatu yang kurang pada lagunya. Lantaran itu mengambil keputusan untuk mempelawa Lil J untuk memberikan buah idea dengan menambah dimensi dalam lagu tersebut.

Rakaman yang hanya mengambil masa kurang dari 2 jam itu diharapkan dapat menarik perhatian generasi masa kini.

Menurut Abigail, beliau suka dengan suasana di dalam studio kerana vibe yang ada sangat selesa ketika bekerja.

”Dalam ‘Traps’ saya cuba merungkai permasalahan yang merangkumi setiap proses iaitu penipuan, manipulasi dan obsesi,” kata penyanyi cantik itu.

Abigail berharap agar pendengar dapat memahami maksud yang hendak disampaikan menerusi lagu ‘Traps’ dan turut bersama menyanyikannya.

Lagu ‘Traps’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian popular seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan Youtube Music.

Lirik video single ini boleh ditonton secara eksklusif hanya di saluran Youtube Rocketfuel Network.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button