Berita

SIARAN LANGSUNG MUZIK MUZIK 37 SEPARUH AKHIR 25 NOVEMBER & 26 NOVEMBER 2022, PUKUL 3.00 PETANG!

Sebanyak 30 lagu kini akan dipersembahkan secara langsung di pentas Muzik-Muzik 37 Separuh Akhir (SFMM37), seperti yang dijadualkan. Pada 25 dan 26 November ini, pertandingan antara 30 lagu untuk 12 tempat di pentas Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37) akan bermula.

Dihoskan oleh Muaz Mohamed dan Izzue Islam, SFMM37 akan bersiaran secara langsung pada hari Jumaat dan Sabtu, pukul 3.00 petang di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Para peminat juga boleh menikmati persembahan SFMM37 menerusi www.tonton.com.my.

Nantikan juga persembahan istimewa menerusi artis-artis hebat Malaysia seperti Kristal X, Elyana, Ezlynn, Farahdhiya, Ramlah Ram dan Syura di episod pertama separuh akhir Muzik Muzik yang akan membawakan tema genre muzik Rock & Roll dan episod kedua akan bertemakan genre Pop dan Pop Ethnic.

Turut menjadi tumpuan para peminat muzik tanah air apabila terdapat tiga buah lagu yang bakal menampilkan penyanyi berbeza di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 37. Lagu ‘BERAKHIRLAH PENCARIANKU’ bakal dipersembahkan oleh Ahmad Shafiq dan Wany Kayrie manakala lagu ‘TAKLUK CINTA’ akan menampilkan Puteri Khareeza sebagai penyanyi. Bagi lagu ‘HABIS SINI’, penonton bakal menyaksikan Naim Daniel berduet dengan Ismail Izzani dalam usaha menempah tiket ke pentas akhir!

Untuk makluman, Muzik Muzik ialah program variasi yang memaparkan carta mingguan lagu-lagu paling popular di Malaysia. Secara keseluruhan, 30 buah lagu Muzik Muzik 37 bertanding di pusingan separuh akhir.

25 November 2022, 3.00 petang – 6.00 petang

LAGU PENYANYI KOMPOSER PENULIS LIRIK
SEMPURNA IMSOMNIACKS IMSOMNIACKS IQIE & DANIAL
BERANI DOLLA JOHN JEEVES & FIRDAUS RAHMAT JOHN JEEVES & FIRDAUS RAHMAT
BERAKHIRLAH PENCARIANKU  AHMAD SYAFIQ & WANY KAYRIE IKHWAN FATANNA & WAN SALEH DATO A’ AIDA
ESOK AMIR MASDI AMIR MASDI, SHAZEE ISHAK & AUDI MOK AMIR MASDI, SHAZEE ISHAK & AUDI MOK
TAK SANGKA YONNYBOII, ZYN AKAL & ASYRAF NASIR YONNYBOII, ZYN AKAL & ASYRAF NASIR YONNYBOII, ZYN AKAL & ASYRAF NASIR
TAKLUK CINTA PUTERI KHAREEZA FIRDAUS RAHMAT, IQIE HUGH & JOHN JEVES FIRDAUS RAHMAT, IQIE HUGH & JOHN JEVES
ANUGERAH TERINDAH ALIF SATAR & THE LOCOS ALIF SATAR, ROMEO, TAM COBAIN & EFRY ARWIS ALIF SATAR, SHAH SHAMSHIRI & ROMEO
NANG IMAN TROYE EZRA KONG & A.RAMLE EZRA KONG & A.RAMLE
PAYUNG PELANGI NOKI & MK NOKI & MK NOKI & MK
CUKUP DERITA ITU SITI NORDIANA TAM SPIDER SITI ROSMIZAH
PEREMPUAN JACLYN VICTOR JOHAN JOHN KHALEEL
DAMBA KHAI BAHAR QIE HUGH & OMAR K QIE HUGH & OMAR K
HITAM SAKSI PUTIH HAQIEM RUSLI HAQIEM RUSLI HAQIEM RUSLI
SATU MALAM DI TEMASEK SONAONE & JOE FLIZZOW SONAONE SONAONE & JOE FLIZZOW
MAINAN NAIM DANIEL FIRDAUS RAHMAT, OMAR K & MAS DEWANGA ARISZ AB RAHMAN
DEMI KAMU INDAH RUHAILA JOHAN JOHN KHALEEL
MAKUTA HAZAMA, KMY KMO & LUCA SICKTA KMY KMO, LUCA SIKTA KMY KMO, LUCA SIKTA
KEMBALI TERANG MARSHA MILAN SENNA & AJIN SENNA

 

26 November 2022, 3.00 petang – 5:30 petang

LAGU PENYANYI KOMPOSER PENULIS LIRIK
SUMPAHAN SALJU ARA JOHARI ZIIN JERRY
BAHAGIAKAN DIA LIZA HANIM & SHILA AMZAH ALIFF ISKANDAR ALIFF ISKANDAR & QUE AFIQ
SENGSARA KHAI BAHAR JOHN JEEVES, FIRDAUS RAHMAT & OMAR K JOHN JEEVES, FIRDAUS RAHMAT & OMAR K
24434 FLOOR 88 ZAI HAMZAH ACHOI FLOOR 88
ESOK AMIR MASDI AMIR MASDI, SHAZEE ISHAK & AUDI MOK AMIR MASDI, SHAZEE ISHAK & AUDI MOK
KHILAF ASMARA SHILA AMZAH AMYLEA AMYLEA
SAMA SEPERTI DULU HAEL HUSAINI HAEL HUSAINI & IQIE HUGH HAEL HUSAINI
KORBAN ERNIE ZAKRI ERNIE ZAKRI ERNIE ZAKRI
DEBU DAYANG NURFAIZAH & AMIR MASDI MAS DEWANGGA, JOVA DEVITO, FIRDAUS RAHMAT, MIKE CHAN, KARIM KARAM & ACAP SALIM MAS DEWANGGA, JOVA DEVITO, FIRDAUS RAHMAT, MIKE CHAN, KARIM KARAM & ACAP SALIM
HABIS SINI NAIM DANIEL & ISMAIL IZZANI NAIM DANIEL, JOE FLIZZOW, SONAONE, MAS DEWANGGA & FIRDAUS RAHMAT NAIM DANIEL, JOE FLIZZOW, SONAONE, MAS DEWANGGA & FIRDAUS RAHMAT
IRAMA SHIHA ZIKIR QIE HUGH, FIRDAUS RAHMAT & JOHN JEEVES QIE HUGH, FIRDAUS RAHMAT & JOHN JEEVES
TERUS HIDUP AINA ABDUL AINA ABDUL AINA ABDUL

Separuh Akhir Muzik Muzik 37 diketuai oleh Russell Mark Rodrigues sebagai pengurus projek, Jamil Hassan sebagai penerbit eksekutif dan Sharizan Razalii sebagai penerbit. Gunakan hashtag #SFMM37 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial media.

 Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, jangan lupa ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia serta TikTok @TV3MalaysiaOfficial.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button