Berita

SEMARAKKAN PERPADUAN MELALUI SUKAN, UNITI BERSAMA HARIMAU MUDA DALAM “JOM TENGOK BOLA”

Program “Jom Tengok Bola” bersama YB Datuk Halimah Mohamed Sadique, Menteri Perpaduan Negara dan lebih 300 orang pengunjung di Restoran Hakim, Shah Alam telah berlangsung semalam (19 Mei 2022). Tujuan program “Jom Tengok Bola” – Uniti Bersama Harimau Muda adalah untuk memberi sokongan kepada Pasukan Harimau Muda dalam aksi separuh akhir Bole Sepak Sukan SEA menentang Vietnam.

YB Datuk Halimah Mohamed Sadique, Menteri Perpaduan Negara bergambar bersama pengunjung di Restoran Hakim, Shah Alam

Program ini merupakan anjuran bersama Kementerian Perpaduan Negara (KPN) bersama Astro Awani. Program julung kali dianjurkan oleh KPN ini adalah sebagai salah satu usaha untuk menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan Keluarga Malaysia melalui sukan, iaitu salah satu tapak integrasi nasional dalam menyatukan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Kehadiran pengunjung daripada pelbagai kaum yang memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan bola sepak negara menggambarkan semangat kenegaraan dan kesepaduan yang tinggi. Aktiviti menarik seperti cabutan bertuah dan cabaran timbang bola juga turut diadakan.

Restoren Hakim turut menerima plak penghargaan #FoodUnites oleh Menteri Perpaduan diatas usaha menyemarakkan perpaduan menerusi kepelbagai makanan di restoren popular berkenaan.

Anugerah berkenaan diperkenalkan oleh Kementerian Perpaduan Negara dan disampaikan kepada restoran, cafe, kopitiam atau foodtrak yang menjadi tapak integrasi yang dikunjungi oleh masyarakat pelbagai kaum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button