Berita

SEMARAK UNITI KELUARGA MALAYSIA MERAKYATKAN PERPADUAN

Program Semarak UNITI Keluarga Malaysia Peringkat Parlimen Kota Tinggi telah dilancarkan oleh YB Datuk Halimah binti Mohamed Sadique, Menteri Perpaduan Negara. Majlis pelancaran ini berlangsung di Dataran Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor.

Program yang berlangsung selama dua hari dari 23 hingga 24 Julai 2022 ini menyediakan pelbagai program dan aktiviti menarik yang menjadi tapak integrasi dalam membina kebersamaan dan menyemarakkan semangat Muhibbah di kalangan warga Kota Tinggi.

Program ini bertemakan ‘Merakyatkan Perpaduan Keluarga Malaysia” yang berpaksikan 3 teras Keluarga Malaysia iaitu Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran yang menjadi ciri asas mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

Melalui Program Community Outreach Keluarga Malaysia, YB Datuk Halimah binti Mohamed Sadique akan merasmikan Pusat Kraftangan FELDA di Felda Easter, Kota Tinggi serta meninjau Kebun Komuniti KRT FELDA Easter. KRT FELDA Easter turut bekerjasama dengan Pusat Kraftangan FELDA dalam menjayakan usahasama projek kraftangan berasaskan mengkuang.

YB Datuk Halimah binti Mohamed Sadique turut serta dalam aktiviti pelepasan belangkas ke Pantai Sedili Kechil, Kota Tinggi di bawah inisiatif Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dalam usaha menggalakkan penternakan belangkas dan menggiatkan ekonomi setempat yang terkenal dengan belangkas di kalangan Keluarga Malaysia, para pelancong tempatan dan asing.

Program Semarak UNITI Keluarga Malaysia peringkat Parlimen Kota Tinggi turut mendapat kerjasam daripada agensi-agensi seperti Pejabat Tanah Daerah Kota Tinggi, Majlis Daerah Kota Tinggi, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Polis Diraja Malaysia, Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia, Jabatan Pertanian Daerah Kota Tinggi, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), STEM (UTHM), Koleh Komuniti Bandar Penawar, Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar, SWCORP, Telekom Malaysia, FAMA, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), RISDA, PERKESO, Giat MARA dan lain-lain yang menyediakan pameran dan perkhidmatan kepada para pengunjung.

Program ini turut dihadiri oleh YB Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi, YB Tuan Muszaide bin Makmor, ADUN Tanjung Sedili, YB Cik Norlizah binti Noh, ADUN Johor Lama, YBhg. Dato’ Indera Noridah binti Abd Rahim, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara dan YBhg. Dato’ Hajah Norison binti Ramli, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

YB Menteri turut menzahirkan penghargaan kepada semua atas gabungan tenaga menjadikan pengisian program ini padat, mantap dan terbaik merangkumi pelbagai kumpulan sasar.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button