Berita

Sejarah! Anniversary Tour, 30 Years of Dewa 19 Pada 9 dan 10 September 2022 Ahmad Dhani Kumpulkan 4 Vokalis Atas Satu Pentas

 

Dewa 19 membuat kemunculan semula ke Malaysia; Kali ini, band ternama Indonesia itu akan menebus rindu yang tidak kesampaian dan menyempurnakan janji apabila sudah pasti Ahmad Dhani, pengasasnya, akan hadir di sisi mereka.

Tandakan Tarikh keramat ini dalam calendar anda pada 9 dan 10 September 2022, Axiata Arena, Kuala Lumpur menanti Baladewa dan peminat untuk merayakan kedatangan Dewa 19 yang kali ini hadir untuk menandakan satu lagi momen penting dan bersejarah.

Hadir dalam rangka Anniversary Tour, 30 Years of Dewa 19, kumpulan yang sudah memulakan tour mereka di beberapa kota di Indonesia ini turut menjadikan Malaysia sebagai negara yang ikut merayakan ulang tahun ke-30 penubuhan mereka.

 

’30 Tahun, 30 Kota, 30 Lagu’ begitu slogan ringkas namun cukup padat yang disampaikan kepada para peminat untuk konsert julung kali ini.

Dhani malah berjanji dalam 30 lagu tersebut, aka nada banyak rendisi yang tidak pernah serta jarang dipersembahkan dalam konsert mereka selama ini.

Jika kehadiran Dhani yang menggerakkan Dewa 19 bersama 30 lagu belum cukup menyemarakkan perayaan 30 tahun band asal Surabaya ini, Anniversary Tour, 30 Years of Dewa 19 terus memberi bonus tambahan.

Kehadiran di Malaysia yang dibawakan oleh Icon Entertainment akan disertai beberapa mantan anggotanya termasuk pemain drum, Tyo Nugros.

Dan yang dinantikan juga buat pertama kali, Dewa 19 menghimpunkan empat vokalis handalan mereka di atas satu pentas.

Bayangkan bagaimana Ari Lasso melantunkan tembang yang ikonik dengannya sebelum posisi vokalis itu diambil alih oleh Once Mekel dan perjuangan vocal magis kedua penyanyi ini disambung oleh Virzha serta yang terkini.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk merayakan 30 tahun Dewa 19 dengan 30 lagu yang akan menenggelamkan anda dalam nostalgia silam pada tanggal 9 dan 10 September 2022 ini.

Konsert yang ditunggu-tunggu ramai ini turut mendapat sokongan Hot FM dan Buletin FM selaku radio rasmi serta Astro Gempak selaku digital media rasmi. Kesion Malaysia dan EF Media juga turut memberi sokongan padu terhadap konsert ini selaku rakan media rasmi.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button