Berita

Saya mohon maaf kata Caprice

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Caprice, 32, yang mencetuskan kontroversi membabitkan misi kemanusiaan membantu rakyat Gaza di Palestin, hari ini memohon maaf kepada pembesar, pemimpin dan seluruh rakyat Malaysia.

Caprice atau nama sebenar, Ariz Ramli memohon maaf atas kesilapan dan mengaku segala-gala yang berlaku adalah kekhilafan diri.

“Saya mohon mi”Saya terlalu emosi mengenai pejuang kita demi ummah, Palestin dan rakyat Malaysia. Apa yang berlaku adalah kesilapan Caprice dan tidak terbabit pihak lain.nta maaf atas kesilapan saya.

“Caprice juga minta maaf kepada ibu dan ayah kerana membuatkan mereka risau mengenai keselamatan diri.

“Caprice sayang kamu dan niat Caprice memilih haluan sendiri sejak usia 16 tahun adalah tidak lain, hanya mahu membuat kamu bangga.

“Minta maaf kepada Malaysia dan rakyat negara ini,” katanya dalam entri dimuat naik di Instagram (IG), pagi tadi.

Sumber: BH

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button