Berita

Sajian Masakan Cina Autentik Sentuhan Khas Restoran InColonial

Pusat Bandar Kuala Lumpur, Intermark Mall menjadi lokasi sebuah restoran yang menyajikan masakan Cina Muslim yang terbaik di Malaysia iaitu restoran InColonial yang kini beroperasi selama lapan tahun ditubuhkan sejak tahun 2014.  Waktu pengoperasiaan restoran InColonial bermula pada jam 10 pagi sehingga 10 malam.

Restoran In Colonial

Pemilik restoran ini yang merupakan pasangan suami isteri iaitu Kapten Jaafar dan Puan Latifah ingin meninggalkan suatu kenangan kepada setiap pelanggan yang hadir untuk menjamu selera di restoran InColonial kerana pelanggan tentunya akan berasa terpegun dengan persekitarannya kerana reka bentuk dan susun atur perabut restoran ini berkonsepkan zaman kolonial pada suatu masa dahulu.

Tambahan pula, restoran Cina Muslim ini juga mampu memuatkan seramai 150 pelanggan dalam satu-satu masa.  Fasiliti istimewa turut disediakan kepada pelanggan yang mahukan ruang makan privasi bersama-sama keluarga dengan kelengkapan tiga bilik dengan dekorasi tiga meja besar berbentuk bulat dengan sentuhan elemen klasik.

Ruang Makan Istimewa

Penggunaan bahan-bahan yang segar dan Halal amat dititikberatkan dalam setiap hidangan masakan Cina Muslim yang disajikan di retoran InColonial bagi mendapatkan rasa yang terbaik dan autentik.  Pelbagai  jenis hidangan masakan cina Halal yang disajikan antaranya Blackpepper Chicken yang sering menjadi pilihan utama pelanggan, Butter Chicken, Beef Tripe, Crispy Yee Mee with Seafood, In Colonel Abalone Fried Rice dan banyak lagi.

In Colonel Abalone Fried Rice
Kuew Tiao with Beef Hong Kong Style
Chicken Feet
Squid and Chicken Wing

Tidak ketinggalan, menu dim sum yang sering menjadi tumpuan utama bagi restoran berkonsepan Cina Halal turut disediakan oleh restoran InColonial.  Dim sum restoran InColonial didapati dalam pelabgai variasi seperti Chicken Siew Ma, Har Gao dan lain-lain.  Menariknya, menu dim sum ini hanya ditawarkan dari jam 10.30 pagi sehingga jam 5 petang sahaja.

Variasi Menu DimSum
Custard Pao
BBQ Chicken Pao

Penggunaan api besar dan peralatan wok semasa memasak adalah kunci utama keenakan bagi setiap hidangan Cina Muslim sajian restoran InColonial yang disediakan oleh barisan tukang masak berkemahiran diketuai oleh Cef berbangsa Cina dengan bantuan seorang lagi Cef yang berpengalaman dalam bidang penyediaan makanan dan kulinari iaitu Cef Samsul.

Menariknya, restoran InColonial turut dijadikan sebagai lokasi bagi majlis-majlis kecil seperti majlis keraian dan pertemuan berikutan ruang makannya yang eksklusif menjadi perhatian pelanggan.

Tidak dapat disangkal lagi, InColonial membuktikan bahawa ia adalah sebuah restoran yang menyajikan masakan Cina Muslim yang istimewa dengan persekitaran selesa dan unik kepada setiap pelanggan yang hadir untuk menjamu selera.  Restoran InColonial sering mendapat perhatian umum dan kunjungan khususnya orang ternama dan selebriti Malaysia.

Untuk merasai sendiri keunikkan dan keenakan masakan Cina Muslim yang Halal daripada restoran InColonial yang beroperasi dari jam 10 pagi sehingga 10 malam, pelanggan disarankan untuk membuat tempahan terlebih dahulu atau datang terus ke restoran.  Sebarang pertanyaan dan  tempahan boleh dibuat melalui di talian +60127849033.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button