Berita

ROCKETFUEL ENTERTAINMENT KINI MENDARAT DI PLANET V!  

Baru-baru ini, syarikat Rocketfuel Entertainment mengumumkan pelan masa hadapan syarikat. Merentasi galaksi semasa acara makan malam gala yang bertemakan ‘angkasa lepas’ yang dikenali sebagai Rocketfuel V.

Encik Feros Sayna Andreas, Ketua Rocketfuel Entertainment. (kiri) bersama Encik Kenny Ong, Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio & Rocketfuel Entertainment (kanan)

Syarikat ini telah menjalankan penstrukturan semula dan pengubahsuaian model perniagaan yang bersepadu pada tahun sebelum ini dibawah pimpinan Encik Kenny Ong, Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio & Rocketfuel Entertainment bersama Encik Feros Sayna Andreas, Ketua Rocketfuel Entertainment.

Memberikan tumpuan terhadap penciptaan kandungan yang unik, baharu dan yang juga melibatkan acara langsung, di samping mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu perniagaan Key Opinion Leader KOL yang sedia ada.

Rocketfuel V berfungsi untuk memperkenalkan semula jenama Rocketfuel Entertainment yang baharu seiring dengan tahun kelima pengoperasian mereka.

Menurut Encik Feros Sayna Andreas, mereka sangat teruja untuk membentangkan projek terbaharu dan perancangan syarikat serta untuk meraikan mereka yang telah bersama-sama sejak mula dilancarkan.

Para hadirin juga turut dihiburkan dengan persembahan istimewa oleh barisan artis terkenal tanah air.

Kolaborasi antara Rocketfuel Entertainment dan Def Jam Recordings Malaysia, Program ‘16 Baris’  menjadi salah satu platform untuk pengamal hip-hop di serata rantau Asia Tenggara (SEA) untuk menunjukkan bakat mereka.

Joe Flizzow atau dikenali sebagai The President dan DJ CZA membuat persembahan pembukaan istimewa sekaligus mengumumkan berita tentang musim ke-3 ’16 Baris’ dan sebuah konsert yang bakal berlangsung pada penghujung musim ini.

Rocketfuel Entertainment bakal menganjurkan beberapa konsert di pelbagai lokasi. Antaranya ialah konsert mini oleh penyanyi terkenal Hael Husaini pada hujung tahun ini, pasangan suami isteri popular, Ernie Zakri dan Syamel juga bakal mengadakan konsert bersama.

Ernie Zakri dan Syamel membuat persembahan di makan malam gala yang bertemakan ‘angkasa lepas’

Rocketfuel Entertainment juga memperkenalkan ‘I’m In Session 2’ yang merupakan kandungan bersiri memaparkan persembahan secara langsung oleh para artis di lokasi yang istimewa di sekitar Malaysia selama 30 minit bagi satu episode. Setiap episode memaparkan segmen-segmen berbeza seperti nyanyian dan wawancara eksklusif bersama artis yang ditonjolkan.

Rocketfuel Entertainment juga dikatakan akan berkolaborsai bersama pencipta siri animasi paling popular iaitu Didi & Friends dari Warnakala Studios untuk mencipta ‘bintang virtual-Nya’ yang pertama.

Selain itu, permintaan yang tinggi terhadap kepelbagaian produk yang terjual di atas talian memberikan peluang buat Rocketfuel Entertainment untuk melancarkan platform dagangan sosialnya sendiri melalui platform artis yang tersedia.

Di samping itu, Rocketfuel Entertainment dengan bangganya mempersembahkan kolaborasi bersama Genting Group bagi menjayakan konsert karnival hujung minggu yang istimewa di Madison Garden, Genting Highlands. Konsert selama dua hari itu akan merangkumi sesi ramah mesra artis bersama peminat, permainan di taman tema serta kemudahan hotel.

Pelakon Zul Ariffin dilihat menghadiri acara makan malam gala

Rocketfuel Entertainment berbesar hati untuk mengumumkan penglibatannya dalam bidang industri perfileman. Filem berkonsepkan jenayah yang masih belum bertajuk ini akan membariskan bintang-bintang popular dari kalangan artis di bawah naungan Rocketfuel Entertainment sendiri.

Jaa Suzuran dan pasangan suami isteri terkenal Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya bersama dua puteri mereka, Lara Alana dan Lila Amina merupakan artis terbaharu label hiburan Rocketfuel Entertainment.

Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari di acara makan malam gala

Dan yang terbaharu, Rocketfuel Entertainment akan bergabung dengan aplikasi ‘Holla’, sebuah platform unik yang menawarkan laungan khas (shout-out) oleh artis kesayangan mereka dan peminat turut berpeluang merasai pengalaman istimewa bersama-sama artis dan influncer kegemaran mereka.

Di harapkan ini menjadi titik tolak Rocketfuel Entertainment untuk menerokai pasaran baharu, berkembang maju serta meluaskan pengaruhnya. Dengan pelbagai projek dan pelan masa hadapan dan perkembangan terbaharu, Encik Kenny Ong selaku Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio & Rocketfuel Entertainment yakin bahawa syarikat berada di landasan yang betul dan terus memecut laju.

Untuk maklumat lanjut tentang Rocketfuel Entertainment, boleh layari laman web www.rocketfuelent.com , Instagram @rocketfuelent atau Youtube Rocketfuel Network.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button