Berita

Rewang Iftar Bersama Dr. Fitri dan Buku Jalanan Chow Kit

Bersempena menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak yang mulia pada tahun ini, dengan kerjasama diantara PhilMac Plus, PhilCare dan Buku jalanan Chow Kit, satu program yang  dinamakan sebagai Rewang Iftar bersama Dr. Fitri Haris dan Buku Jalanan Chow Kit telah pun dilaksanakan pada 16 April 2022.

Program ini diadakan untuk menyantuni golongan rentan dengan menjalankan beberapa aktiviti seperti gotong-royong memasak dan pengagihan makanan kepada 65 buah keluarga yang telah berdaftar dibawah Komuniti Buku Jalanan Chow Kit. Inisiatif seperti ini perlu dipupuk oleh semua lapisan masyarakat agar golongan yang kurang berkemampuan ini juga dapat menikmati juadah yang istimewa.

Dr. Fitri Haris turut sertai program ini dan beliau merupakan pengasas bersama PhilMac Plus. Beliau merasa sangat gembira untuk turun padang bersama-sama dalam membantu penyediaan juadah berbuka untuk anak-anak serta komuniti setempat Buku Jalanan Chow Kit.

Malahan program ini juga dapat memberikan semangat Kerjasama dalam kalangan masyarakat setempat dan juga turut membantu mengeratkan silaturahim tanpa mengira status ekonomi dan sosial.

Selain daripada usaha untuk merapatkan ukhwah melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan bersama seperti gotong-royong memasak, program ini turut mengambil peluang dalam mendekati golongan muda melalui aktiviti Jalinan Kasih bersama anak-anak Komuniti Buku Jalanan Chow Kit.

Vitamin yang baik untuk tumbesaran kanak-kanak adalah vitamin A, D, E, K dan C . Malah mengandungi 7 jenis buah beri, buah delima dan prun yang sangat penting dalam membekalkan tenaga supaya mereka kekal aktif, sihat dan cergas.

Dengan menerusi “Kempen Kita Kuat” Dr. Fitri Haris berusaha dalam misi memberikan nutrisi yang terbaik buat anak-anak yang kurang berkemampuan di Malaysia

Semoga dengan usaha murni ini dapat menarik minat lebih ramai masyarakat setempat bersama-sama dalam membantu anak-anak golongan rentan ini untuk merasai hak nutrisi yang sama seperti kanak-kanak lain.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button