Berita

OPPO Find X5 Pro, telefon pintar flagship di pasaran Malaysia

OPPO Find X5 Pro 5G telefon pintar android dalam kelas tersendiri.

OPPO telah melancarkan telefon pintar baru yang telah dinaiktaraf iaitu OPPO Find X5 Pro 5G. Untuk julung kalinya OPPO telah mencipta cip khas menggunakan Neutral Processing Unit (NPU) khas untuk telefon pintar.

Telefon keluaran terbaru OPPO, Oppo Find X5 Pro.

NPU merupakan peranti utama yang digunakan untuk memproses gambar yang diambil. Kamera merupakan salah satu perkara pertama yang dilihat seseorang sebelum membuat keputusan untuk membeli telefon, begitu juga dengan saya semasa membuat pilihan untuk menggunakan OPPO Find X5 Pro 5G ini. 

Pastinya pelanggan mahukan telefon pintar yang kameranya jelas, berkualiti dan lancar termasuklah saya sendiri. NPU Pengimejannya sendiri, iaitu MariSilicon X, yang membolehkan pengguna merakam 4K Video Malam Ultra dan mengambil gambar berkualiti tinggi pada waktu malam dengan mudah.

Kualiti gambar kamera belakang OPPO FInd X5 Pro 5G

OPPO turut bekerjasama dengan pengeluar kamera terkenal Sweden Hasselblad. Telefon pintar terbaharu ini mempunyai tiga kamera di belakang OPPO, dua daripadanya mempunyai lensa 50MP dan sensor Sony IMX766. Gambar yang diambil menggunakan OPPO Find X5 Pro 5G adalah sangat berkualiti dan jelas.

Kualiti video menggunakan lensa kamera belakang OPPO Find X5 Pro.

Mod Pro dalam aplikasi kamera juga mengemukakan ciri Penentukuran Warna Semulajadi Hasselblad, dengan penapisan gambar Master Style yang kreatif untuk memberikan beberapa gaya tambahan pada fotografi mudah alih.

Rakaman Video dari Konsert Satu Malam Temasek Menggunakan OPPO FIND X5 PRO

Namun, apa yang dapat saya lihat dan katakan disebabkan MP kamera hadapan kurang berbanding kamera belakang, kualiti gambar adalah sedikit kurang memuaskan. Tetapi sudah semestinya hasil kualiti gambar akan berbeza sekiranya terdapat pencahayaan semasa mengambil gambar.

Rakaman Video dari Konsert Ukays Menggunakan OPPO FIND X5 PRO

Kepada yang kurang jelas, format RAW boleh memegang lebih banyak data berbanding format seperti JPEG.

Dalam hal ini, mereka yang bekerja dengan perisian penyuntingan seperti Lightroom, Adobe Photoshop atau Photomatix Pro 3 lebih cenderung menggunakan fail RAW daripada fail JPEG kerana ia mempunyai data lebih terperinci seperti bayang-bayang, baki putih dan sorotan lebih tepat.

Kualiti menggunakan lensa kamera belakang OPPO Find X5 Pro.

Pada pandangan saya kelebihan OPPO Find X5 Pro 5G ini adalah ketahanan baterinya iaitu 5000mAh dimana mengambil masa kurang satu jam untuk mengecas sehingga penuh (fast charging). Sepanjang saya menggunakan telefon pintar, OPPO Find X5 Pro 5G ini tidak panas semasa proses pengecasan. Telefon pintar ini juga bertahan selama 6 -12 jam jika bateri telefon dicaj penuh.

Kualiti gambar pemandangan menggunakan lensa kamera belakang OPPO Find X5 Pro.

Direka untuk pengalaman premium dalam genggaman, ia hadir dengan ciri berkelas tinggi menerusi rekaan bahagian belakang menggunakan material seramik sebenar dan ultra keras. Jadi apabila saya pegang telefon pintar ini, ianya tidak mudah terlepas daripada genggaman tangan saya.

Reka bentuk telefon ini juga berkualiti dan menarik kerana mempunyai kadar pelesapan haba yang tinggi dan kalis percikan, air dan habuk dengan penarafan IP68. Akan tetapi, apabila saya menggunakan telefon pintar ini untuk merakam dalam tempoh masa 1 jam berterusan, telefon pintar ini cepat panas dan perlu diletakkan mobile cooler fan controller

Skrin telefon yang curved membuat ia lebih menarik jika menonton movie.

Harga runcit yang disyorkan RRP untuk OPPO Find X5 Pro 5G ialah RM4,999. Saya yakin harga ini adalah harga mampu milik untuk semua pelanggan. Terdapat dua pilihan warna untuk telefon pintar ini iaitu Ceramic White dan Glaze Black. Pilihan warna telefon pintar OPPO Find X5 Pro 5G saya adalah Ceramic White kerana warnanya yang akromatik.

OPPO Find X5 Pro 5G berwarna Ceramic White

OPPO Find X5 Pro 5G merupakan telefon pintar yang mampu bersaing dengan keluaran telefon pintar terbaru jenama lain kerana sistem piawaiannya yang mengikut trend terkini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button