Berita

RESIPI RINGKAS RAMADAN – AGROBANK LANCAR SIRI VIDEO ATAS TALIAN, GUNA PRODUK PELANGGAN PIKAT SELERA PENONTON

KUALA LUMPUR, 31 Mac 2022 – Antara tarikan utama di bulan Ramadan yang suci ini semestilah juadah Ramadan. Aneka makanan yang enak sekali pada bulan Ramadan bukan sahaja istimewa malah dinanti-dinantikan oleh rakyat Malaysia tidak kira agama atau bangsa untuk dijadikan juadah berbuka atau makan malam.

Agrobank ingin mengambil kesempatan atas keistimewaan Ramadan dengan berkolaborasi  bersama Chef Akmal hari ini untuk memperkenalkan siri video ‘Resipi Ringkas Ramadan Agrobank’ yang akan dilancarkan oleh Zurina Othman, Ketua Pegawai Pengurusan Kredit Agrobank yang mewakili Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank. Siri video ini akan keluarkan 8 buah resipi warisan untuk dikongsi bersama pengguna media sosial pada bulan Ramadan ini dengan menggunakan semua barangan tempatan keluaran para pelanggan Agrobank sebagai bahan utama dalam resipi masakan ini.

Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, selaku Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif berkata “ Teras usaha di Agrobank adalah untuk mendukung seluruh aspek rantaian nilai pertanian selaras dengan visi Agrobank iaitu ‘Memperkasakan Pertanian Melangkaui Perbankan’. Ia telah menjadi nadi buat Agrobank dalam menyediakan produk pembiayaan pertanian yang holistik, meningkatkan akses pembiayaan, pembangunan kerjasama strategic di samping menyediakan khidmat nasihat dalam ekosistem ini.”

“Justeru dalam usaha untuk meningkatkan kelestarian sector pertanian dan agromakanan sekali gus menyokong pembangunan sosioekonomi, siri video Resipi Ringkas Ramadan Agrobank ini telah diperkenalkan khusus untuk menyokong dan memperkenalkan produk-produk keluaran pelanggan Agrobank serta pada masa yang sama memberi peluang kepada penonton untuk menggunakan resipi yang dikongsi untuk tujuan perniagaan. Harapan kami agar resipi yang dikongsi dapat menjadi inspirasi buat usahawan untuk digunakan dalam menjana pendapatan di samping memberi idea untuk menu juadah berbuka puasa bersama keluarga tersayang,” katanya.

Turut kata beliau lagi, “Siri makanan yang dikongsi ini secara tidak langsung dapat memberi impak yang positif dalam pemerkasan sosial  serta memacu meningkatkan kemampuan kesluruhan rantaian nilai sector pertanian. Saya percaya, pelanggan kami adalah agen yang menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan adalah menjadi tanggungjawab kami untuk sama-sama menyokong perniagaan mereka. Menerusi pembikinan siri video masakan bersempena Ramadan ini, promosi produk-produk keluaran pelanggan kami dapat diperkenalkan dan di harap usaha ini dapat membantu meningkatkan lagi perniagaan mereka,” tambah Tengku Ahmad Badli Shah.

Chef Akmal

Dibawah ini merupakan senarai produk dan syarikat yang akan digunakan dalam siri video Resipi Ramadan Agrobank:

  1. Nurtinah Enterprise menerusi produk Keropok Lekor Hulu Selangor
  2. Mukmin Enterprise menerusi produk Tauhu Telur, Cincau, Fishball (3 episod)
  3. Nanas Waknur menerusi produk Nanas Yankee
  4. Patin Paskal Enterprise menerusi produk Frozen Patin Tempoyak
  5. Agro4me menerusi produk Terung Mini

Semua Resipi Ringkas Ramadan ini dapat ditonton secara percuma melalui media sosial Agrobank iaitu Facebook – Agrobank dan Instagram- @agrobankmy bermula 2 April tahun ini pada setiap hari Sabtu dan Ahad yang berlangsung sepanjang bulan Ramadan. Penonton juga boleh menonton siri video ini melalui akaun TikTok milik Chef Akmal pada setiap hari Rabu dan Khamis.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button