Berita

RESAH — ALIAH ADILAH

Dilla yang juga dikenali sebagai Aliah Adilah merupakan pelajar UITM, Shah Alam, melanjutkan pelajaran di peringkat diploma muzik dengan penekanan vokal. Sejak kecil, Dilla mempunyai minat yang tinggi dalam bidang nyanyian. Dia kerap menyanyi di majlis perkahwinan dan makan malam serta menyertai pertandingan nyanyian. mempunyai kualiti vokal yang tersendiri! Sambil belajar, Dilla minat menyanyi dalam genre balada, pop, klasik, dan etnik Malaysia.

Bakat yang di miliki oleh Aliah Adilah menjadi perhatian komposer baru iaitu saudara Joy atau nama penuhnya Azizul Jaabar Bin Azizain selepas menonton salah satu persembahan Dilla di ibu negera.

Hasil perbincangan maka terhasilah ‘single’ pertama Aliah Adilah bertajuk Resah.

 

Resah merupakan hasil ciptaan Azizul Jaabar Bin Azizain @ Joy dan Samadin Sani Bin Marzuki @ Rosabelle S. dan liriknya oleh saudara Samadin Sani Bin Marzuki @ Rosabelle S.. Resah tidak seperti jagu-lagu yang sedang popular masa kini, Resah merupakan kisah benar yang dialami penulis lirik sendiri jaitu sebuah penceritaan mengenai penderitaan seorang pesakit yang mengalami penyakit Anxiety disorder atau Serangan Panik dimana penyakit hadirnya tanpa amaran dan menjadikan orang yang mengalaminya menjadi sangat murung.

Hasrat penulis lirik ini juga adalah ingin berkongsi rasa apa yang di alaminya di saat awalnya, semasa dan setelah menajalani rawatan selain menyampaikan agar orang ramai atau keluarga perlu mengambil peduli keadaan pesakit yang memerlukan rawatan dan sokongan dalam tempoh penyembuhan.

Diharap dengan kemunculan lagu ini sikit sebanyak dapat memberi kesedaran orang ramai menghadapi pesakit yang mengalami Anxiety ini dan berusaha untuk membantu mereka untuk sembuh. Untuk Dilla sendiri semoga kehadirannya dalam industri dapat memeriahkan dan dapat diterima peminat seni tanah air.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button