Berita

Rekrut Diperlukan Di Ejen Ali Misi: Mata Arena, IOI CITY MALL PUTRAJAYA

Mulai 25 Jun hingga 28 Jun 2022, mari luangkan hari minggu bersama-sama keluarga bertempat di Ground Floor Centre Court, IOI City Mall dan beroperasi dari 10.00 pagi sehingga 10.00 malam.  Edisi EJEN ALI MISI: MATA ARENA membawakan pengalaman seolah-olah berada di dalam dunia Ejen Ali Musim 3 yang sebenar!  Si kecil boleh menyertai pelbagai aktiviti misi mini yang dilengkapi atucara pentas menarik diilhamkan dari konsep MATA Arena yang bakal menjadi medan pertandingan sengit dalam musim terbaharu Ejen Ali.

Antara aktiviti disediakan termasuklah sesi ramah mesra bersama pelakon suara Ejen Ali dan berpeluang untuk bergambar bersama maskot Ejen Ali dan juga Ejen Alicia.  Sesi peraduan mewarna, sesi IRIS DIY dan pelbagai misi mini sepanjang hari serta berpeluang membawa pulang kit MATA Arena istimewa apabila berjaya melengkapkan misi (sementara stok masih ada).

Penganjuran EJEN ALI MISI: MATA ARENA berikutan pengumuman Ejen Ali Musim 3 yang bakal ditayangkan secara eksklusif di Disney+ Hotstar mulai 25 Jun 2022.  Hadirkan diri anda di EJEN ALI MISI : MATA ARENA bermula Sabtu ini sehingga Selasa, dan jumpa anda di sana!  Bertindak Segera!

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button