Berita

Redza Rosli Tiada Niat Untuk Menyakiti Scha Elinnea?

Nur Kaisara seorang gadis yang meminati kecantikan dan sanggup berhabis wang untuk menjaga penampilannya. Sikapnya juga tidak disukai oleh ramai orang di sekelilingnya. Apabila Nur Kaisara bertemu dengan Naufal Nidham, adakah dia terharu dengan keseronokan hidup yang diidamkan, atau sebaliknya?

Terbaharu di slot Samarinda TV3, saksikan drama bersiri Hati Tanpa Rasa yang bakal bersiaran pada hari ini (13 Disember 2022), setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam dan turut disiarkan melalui perkhidmatan penstriman iQIYI 1 jam selepas siaran TV.

Hati Tanpa Rasa merupakan adaptasi daripada novel Heartless karya Ateen Khalid dengan menampilkan Redza Rosli dan Scha Elinnea sebagai watak utama. Drama 26 episod ini diterbitkan oleh Creative Skill Solution, diarahkan oleh Ayie Mustafa & Emi Suffian dan nukilan skrip daripada Nieza Nahar.

Nur Kaisara (Scha Elinnea) terlalu taksub dengan kecantikan dan sanggup berkorban untuk mengikat perut kerana gaji yang rendah. Dia juga seorang yang sombong dan tidak disenangi oleh orang sekelilingnya. Hanya teman serumah, Erin dan Laila yang memahaminya. Di pejabat, Kaisara mempunyai rakan rapat, Danish yang turut menyimpan perasaan padanya dalam diam. Kaisara ada musuh tegar bernama Julia yang sentiasa mencari kesalahannya dan sanggup menggoda Danish semata-mata untuk menyakitkan hati Kaisara.

Satu hari, Kaisara ditawarkan gaji yang lumayan sebagai pembantu peribadi kepada Naufal Nidham ataupun Nid (Redza Rosli), seorang arkitek yang bekerja di syarikat pembinaan milik ayahnya, Dato’ Nazrin. Malahan, Nid juga seorang lelaki bujang yang paling dikenali kerana latar belakang keluarganya yang berkedudukan dan kaya.

Umpama durian runtuh, Kaisara terlalu teruja dan terus menerima tawaran tersebut tanpa berfikir panjang dan tidak membaca syarat-syarat kontrak dengan teliti. Selepas menandatangani kontrak, barulah Kaisara sedar dia ‘bersetuju’ untuk bekerja sebagai pemandu peribadi dan dikehendaki mematuhi lima syarat tambahan dalam perjanjiannya.

Akibat terikat dengan kontrak yang telah ditandatanganinya, Kaisara terpaksa akur bekerja dengan Nid. Mereka berdua selalu bergaduh dan Kaisara juga menggelar Nid dengan pelbagai nama termasuk ‘Mr Banyak Syarat’ dan ‘Mr Potong Gaji’. Sepanjang mereka bekerja, mula terbit satu perasaan yang aneh dalam hubungan mereka. Tanpa diketahui oleh Kaisara, Nid mempunyai sebabnya untuk mengambil Kaisara bekerja dengannya.Apakah niat sebenar Nid?

Jangan lupa temujanji anda untuk menonton Hati Tanpa Rasa menerusi slot Samarinda, setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 10.00 malam atau strim di perkhidmatan penstriman iQIYI 1 jam selepas siaran TV. Ia juga disertakan dengan sari kata dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia di mana penonton boleh mengakses secara percuma pada bila-bila masa melalui www.iQ.com/local atau muat turun aplikasi iQIYI di App Store dan Play Store. Pelanggan VIP iQIYI boleh menikmati akses VIP Ekspres bagi drama ini yang membolehkan penonton untuk menonton episod terkini, 1 jam selepas tayangan di TV3 manakala pengguna percuma dapat menonton 48 jam selepas.

Sejak diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2020, iQIYI telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan apabila mencapai peningkatan pengguna lebih daripada 15 kali ganda. Dari segi pertumbuhan keseluruhan dalam tahun 2021, iQIYI juga tersenarai sebagai khidmat penstriman Asia nombor satu di Malaysia berdasarkan jumlah muat turun, jumlah pelanggan aktif bulanan, dan jumlah masa yang diluangkan di platform tersebut.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button