Berita

Rayi Putra Ingin Menari Sepanjang 2022 (Dan Selamanya)

Pada tahun ini penyanyi yang berasal dari Jakarta, Indonesia, Rayi Putra meluahkan hasrat yang dia mahu mengembangkan lagi bakatnya. Selain melakukan rap dan menyanyi dia juga mahu menari. Hal ini kerana, setelah sekian lama bergelar seorang rapper dan penyanyi, kini dia mahu berjinak-jinak dalam tarian.

Rayi mula belajar seni tari daripada penari yang lebih professional, Ufa Sofura kerana dia tidak mahu mengambil mudah apabila melakukan sesuatu perkara.Walaupun dia tidak lagi baru dalam dunia pentas dan persembahan tetapi menari dengan mengikut koreografi merupakan sesuatu yang berlainan. Setiap bulan Rayi akan berlatih bersungguh-sungguh agar dia dapat menjadi lebih baik. Hasilnya, menari telah menjadi permulaan baharu dalam dunia Rayi Putra.

“Selama ini saya tidak rasa yang saya mempunyai lagu solo yang sesuai untuk ditarikan, sehinggalah kelahiran lagu ini,” katanya tentang single terbarunya “MATAMATA”.

Demo ini cukup megujakan kerana telah menarik perhatiannya dan menjadi satu pengembaraan yang ditunggu-tunggu. Dirinya sendiri bersama STYPHT yang menulis lirik lagu itu, dan diterbitkan oleh Oomax serta DJ CZA, DJ terkenal dari Medan yang telah pun mencipta nama dalam dunia hip hop di Malaysia. Untuk lagu ini, Rayi Putra telah meninggalkan kebiasaan yang dilakukannya iaitu rap dan hip hop dan digantikan dengan nyanyian serta tarian sahaja. Ini amat menakjubkan kerana mampu mengubah peribadi Rayi Putra.

Dimulakan dengan irama xylophone dan bunyian whoa-oh yang bergema di latar belakang, lagu ini pastinya menarik mereka untuk menari. ‘You’re on my radar. Then you go,’ itulah sedikit teaser lirik lagu yang memperlihatkan bahawa dia gigih ‘mencari’.

Tepukan yang ada pada pra-korus membina lagi kemuncak lagu yang diakhiri dengan dengan korus berbunyi ‘ I’m looking for you. Using all means like spies,’ dan tanpa menyedari  pendengar akan mula ‘tercari-cari’.

Dia telah mendedahkan bahawa warga net Indonesia gemar mencari perkara remeh dan juga maklumat penting di Internet dengan ketekunan telah menjadi ilham untuk lirik MATAMATA. Dia telah mengubahnya menjadi satu adengan umum yang mencerminkan cabaran bercinta di zaman digital: “stalking” atau mencari orang yang diminati melalui media social.

MATAMATA mempunyai muzik video yang dinamik dan penuh warna dan bakal menunjukkan kehebatan tarian Rayi Putra yang dia gigih belajar. Muzik Video ini diarahkan oleh Chandra Liow dan Timo, dan menampilkan guru tarinya Ufa Sofura, dan muzik video ini merupakan video paling unik yang dia pernah hasilkan.

Walau setelah sekian lama berada dalam industri muzik ini dalam lebih sedekad bersama kumpulan RAN, Rayi masih berasa dia perlu mencari satu identity untuk projek solonya. Riya telah menjanjikan suatu perkara bahawa dia tidak akan berhenti menari,menjelajah dan berusaha sehabis baik.

“ Buat masa ini saya gmbira dengan proses pencarian dan hasil kerja projek MATAMATA. Semoga ini menjadi puncak kerjaya dan menjadi pembuka untuk projek solo saya yang lain di masa hadapan,” harapnya.

Dengan harapan pandemik yang  akan berada di penghujung fasa, MATAMATA akan menjadi satu karya yang sempurna dan boleh diraikan merupakan sesuatu yang diperlukan saat ini.Muzik baharu, identity baharu, Rayi Putra 2.0 bakal dikeluarkan pada 25 Mac, 2022.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button