Berita

RAYA ‘ALL OUT’ BERSAMA ARTIS TERNAMA MALAYSIA

Berikutan pandemik Covid-19 yang mula melanda sejak 2 tahun lalu, memberi kesan kepada semua orang begitu juga memaksa banyak aktiviti tidak dapat dijalankan.

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan sebelum ini menyebabkan rakyat terpaksa menyambut hari raya Aidilfitri di rumah sahaja. Tiada pergerakan balik kampung dan aktiviti berziarah sanak saudara dan sahabat handai.

Dendangan lagu raya lama mengiringi suasana hari raya kerana tidak banyak lagu raya baharu kerana mengenangkan situasi semasa.

Namun begitu, pada tahun ini, kita sudah semestinya ingin menyambut hari raya dengan serba meriah. Melaksanakan tradisi sedia ada dengan seisi keluarga. Orang dewasa turut bersama kanak-kanak berasa teruja dan tidak sabar untuk menyambut hari raya.

Suasana Hari Raya Aidilfitri 2022, syarikat rakaman Universal Music Malaysia bakal melancarkan lagu raya nyanyian barisan artis ternama negara.

Antara artis Malaysia yang akan memeriahkan suasana Hari Raya Aidilfitri tahun ini ialah Datuk Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Yonnyboii, Dolla, Kmy Kmo, Luca Sickta, Sophia Liana dan Hannah Delisha.

Matlamat penerbitan lagu raya ini adalah bagi mengembalikan semula ‘mood’ selepas dua tahun hanya beraya di rumah.

Lagu-lagu raya yang baharu dan menarik disajikan untuk menemani pendengar sepanjang perjalanan pulang ke kampung dan memeriahkan suasana raya di kampung.

Lagu raya baharu yang bakal dilancarkan itu cukup istimewa kerana ada antaranya sudah lama tidak merakamkan lagu raya seperti Datuk Siti Nurhaliza dan Dayang Nurfaizah.

Universal Music Malaysia ingin mengajak para pendengar untuk meraikan syawal kali ini dalam suasana penuh meriah. Biarlah raya kali ini kita ‘all out’ selepas dua tahun meraikan syawal dalam fasa PKP.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button