Berita

Rapid Sail Sasar Peningkatan 70% Penumpang Menjelang Akhir Tahun

Pengumuman yang telah dibuat oleh kerajaan mengenai pembukaan semula sektor ekonomi dan sempadan antarabangsa bermula 01 April 2022 telah meningkatkan keyakinan pengendali perkhidmatan aliran ringan iaitu Rapid Rail Sdn Bhd bahawa pengangkutan awam akan menjadi mod pilihan utama warga kota.

Statistik menunjukkan jumlah pengguna rel kendalian Rapid Rail telah melebihi 360,000 penumpang dan akan terus melonjak secara signifikan dari semasa ke semasa. Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd, En Amir Hamdan berkata, Rapid Rail menyasarkan peningkaan jumlah penumpang sehingga 70% daripada pra-covid iaitu sebanyak 560,000 penumpang menjelang hujung tahun.

Selain itu, kedatangan Ramadan pada tahun 2022 yang bakal menjelma, Rapid Rail Sdn Bhd mengambil langkah inisiatif untuk memanjangkan operasi pengangkutan awam tersebut pada waktu puncak bermula dari jam 4.00 petang hingga 7.00 malam berbanding 5.00 hingga 7.30 petang serta frekuensi rel pada hari bekerja dan hujung minggu juga akan ditingkatkan bagi menyokong pertambahan penumpang.

Rapid Rail ingin menyeru kepada warga kota yang menggunakan perkhidmatan rel setiap hari untuk mendapatkan pas perjalanan tanpa had My50 bagi menikmati lebih penjimatan.  My50 adalah pas perjalanan tanpa had yang menawarkan 30 hari per jalanan di Rapid KL LRT, MRT, Monorel, MRT dan bas Rapid KL. My50 boleh didapati di semua kaunter khidmat pelanggan Rapid KL.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button