Berita

RAKAMAN SEMULA LAGU RAYA TAHUN 1995’, ACHIK UKAYS MENITIS AIR MATA

Apabila tiba musim perayaan, pastinya lagu-lagu raya aidilfitri akan berkumandang di radio, di siaran televisyen, mahupun di pusat membeli belah. pelbagai jenis lagu raya yang akan diputarkan dari yang lama hingga kini.

Inilah peluang yang diambil untuk penyanyi muda baru , Achik Ukays merakamkan semula lagu raya yang dicipta oleh komposer Salman Shariff dan lirik ditulis oleh Khairul Anuar untuk aidilfitri tahun 2022 ini.  ‘’Lagu ini versi asalnya berentak Melayu+Arabic dan telah dirakam untuk Amir (UK’s) di tahun 1995 yang bertajuk BERMAAFAN DI AIDILFITRI dan terus kekal sebagai salah sebuah lagu popular yang sinonim dengan sambutan Hariraya Aidilfitri pada setiap tahun’’ – Jelas Salman Shariff.

‘’Namun untuk versi terbaru di tahun 2022 lagu ini digubah muziknya kepada rentak yang rancak serta moden dan dirakam untuk penyanyi baru Achik (Ukays) bertajuk BERMAAFAN DI HARI RAYA dengan tujuan agar lagu ini akan terus popular dan boleh disiarkan ketika sambutan Hariraya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha pada setiap tahun’ Tambahnya lagi.

Dengan tawaran yang diterima untuk menyanyi semula lagu raya ini, Achik merasakan ini adalah peluang yang sangat bagus untuk beliau menonjolkan diri dan kembali aktif kerana mungkin ada yang fikir beliau tidak lagi aktif dalam industri. Malah Achik juga masih aktif membuat persembahan di luar bersama Ukays.

Achik berkata ‘’Perkembangan saya sekarang saya masih aktif lagi dalam industri . Saya masih aktif keluar show tour satu malaysia bersama Ukays dan anggota asal Ukays Ali , Well dan juga Tokjie . Saya juga masih lagi aktif di media sosial seperti instagram : achikroslan1 dan TikTok : Achikroslanofficiall. ‘’.

Lagu BERMAAFAN DI HARI RAYA ini bakal meriliskan video liriknya di saluran youtube Luncai Emas pada hujung ramadan April ini dan secara jualan digital di platform streaming dan itunes.

Semoga lagu BERMAAFAAN DI HARI RAYA ini mendapat sentuhan di hati peminat di seluruh Malaysia dan menarik perhatian generasi baru juga dalam kemeriahan kita menyambut kehadiran Aidilfitri pada tahun ini dalam suasana norma baharu hidup ini

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button