Berita

Raikan Ramadhan Anda Bersama Warung Lebai Dollah

Restoran Warung Lebai Dollah yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam. Warung Lebai Dollah ini diambil bersempena dengan nama datuk kepada pemilik ini yang bernama Abdullah. Bersempena bulan Ramadhan pada tahun ini, Restoran ini akan mengadakan buffet Ramadhan buat pertama kalinya selepas 10 tahun beroperasi.
Warung Lebai Dolllah yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam
Terdapat hampir 20 menu istemewa tersedia sepanjang bulan Ramadhan ini, antara menu istimewa yang wajib anda cuba ialah lauk kampung yang sangat sedap seperti Gulai Kawah dan Masak Lemak yang disediakan oleh chef yang berpengalaman selama 25 tahun dalam bidang masakan. Dengan harga promosi sempena tahun pertama bufet Ramadhan mereka, harga asal RM59.90 untuk seorang pelanggan kini hanya berharga RM35.00 sahaja! Bufet Ramadhan ini akan berlangsung sepanjang bulan Ramadhan bermula 3 April sehingga 30 April 2022.
Anak-Anak yatim yang menerima tajaan dari Warung Lebai Dollah
Sepanjang bulan Ramadhan ini, mereka akan menaja anak-anak yatim dari dua pertubuhan, iaitu Rumah Kasih Sayang dri rawang dan Pusat Jagaan Cahaya Kampung Subang. Malah, mereka juga turut mengalu-alukan mana-mana pihak untuk menaja anak-anak yatim ini sebagai projek CSR mereka.  Anak-anak istimewa juga tidak akan dikenakan sebarang bayaran untuk makan disini. Untuk orang yang ingin makan makanan yang sedap dan murah, datanglah ke Warung Lebai Dollah , parking juga percuma. Untuk sebarang maklumat, anda boleh mengikuti Instagram https://www.instagram.com/lebaidollah/

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button