Berita

RADJA & REPUBLIK KEMBALI MENGGEGAR DENGAN KONSERT REUNION DI KUALA LUMPUR

 

Lagu kumpulan Radja seperti Jujur, Benci Bilang Cinta, Takkan Melupakan Mu, dan Aku Ada Kerna Kau Ada yang berjaya pada 2001 dan tahun-tahun berikutnya masih diingati oleh peminat industri hiburan Malaysia.

Lagu-lagu kumpulan yang menampilkan vokalis lan Kasela ini pernah menduduki carta lagu-lagu popular di negara kita serta masih menjadi pilihan halwa telinga ramai pendengar.

Terkini setelah sekian lama menyepi termasuk pandemic Covid-19, kumpulan dari Indonesia ini muncul Kembali dengan Reunion di Kuala Lumpur serta turut menampilkan Kumpulan Repvblik. Walaupun berasal dari Indonesia, lagu-lagu mereka diakui telah Berjaya menambat hati peminat-peminat di Malaysia.

Berita ini pastinya disambut girang oleh peminat-peminat fanatic kedua-dua kumpulan ini.

Radja Repvblik akan menyorot Kembali kenangan silam dengan lantunan vocal lan Kasela dan Rury Repvblik dengan hits mereka Sandiwara Cinta, Sayang Sampai Mati, Aku Tetap Cinta, Aku Takut dan banyak lagi.

 

Kedua-dua kumpulan popular ini akan berada sepentas menyantuni peminat dengan Konsert Radja Repvblik di lokasi berprestij WTC KL (Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur) pada 13 November 2022, jam 8.30 malam.

Menariknya, konsert anjuran Angkasa Mukmin Sdn Bhd ini bakal menemukan semula anngota asal kumpulan Radja setelah mereka berpecah seketika. Kuala Lumpur adalah ibukota pertama di luar Indonesia yang menyaksikan gabungan semula (reunion) Radja ini.

Konsert bakal berlangsung selama satu setengah jam sehingga dua jam yang akan dimulakan dengan Repvblik menerusi persembahan lagu-lagu hits mereka.

 

Selepas itu, pentas akan diambil alih oleh Radja pula dengan persembahan lincah dan bertenaga mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Angkasa Mukmin Sdn Bhd, Yusni Ismail berkata, mereka sangat berbesar hati apabila lamaran untuk mendapatkan Radja dan Repvblik membuat persembahan berkonsep 2 band 1 panggung di Kuala Lumpur mendapat jawapan positif.

Tiket-tiket untuk menonton boleh didapati dengan melayari www.ilassotickets.com.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button