Berita

Radio GEGAR memenangi anugerah ‘Best In Consumer Satisfaction’ di MCMC Star Rating Awards 2021

Anugerah Penarafan Bintang MCMC 2021 telah diadakan pada 21 Disember 2022, dan Radio GEGAR, jenama radio Pantai Timur No. 1 tajaan Astro Radio, telah membawa pulang anugerah ‘Best In Consumer Satisfaction’ bagi kategori radio.

Anugerah disampaikan oleh YB Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi dan Digital, Datuk Seri Mohammad Mentek, Ketua Setiausaha, Kementerian Komunikasi dan Digital, serta Datuk Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus, Ketua Pegawai Operasi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, kepada Raja Nadia Salwana Raja Hisham, Pengurus Kandungan GEGAR sebagai pengiktirafan terhadap kepuasan pengguna untuk perkhidmatan terbaik yang ditawarkan oleh GEGAR kepada rakyat Malaysia.

Raja Nadia Salwana Raja Hisham, berkata, “Kami berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia atas sokongan mereka dan berharap untuk terus menjadi perintis dalam menawarkan perkhidmatan terbaik bagi industri penyiaran radio tempatan, lantas dapat memberi kepuasan kepada semua lapisan masyarakat di Malaysia. Kami berharap semua dapat terus menikmati kandungan terbaik yang diberikan oleh GEGAR, serta menantikan tawaran yang lebih menarik pada masa akan datang.”

MCMC Star Rating Awards mula diperkenalkan pada 2016, dengan mengiktiraf perkhidmatan cemerlang yang disediakan oleh syarikat telekomunikasi kepada pengguna serta menyemai budaya kecemerlangan kualiti dan mewujudkan persekitaran persaingan yang sihat antara penyedia perkhidmatan. Pemilihan pemenang adalah berdasarkan peranan penting yang diketengahkan oleh pemain-pemain industri dalam menyediakan perkhidmatan cemerlang menerusi tiga sektor utama iaitu industri telekomunikasi, penyiaran dan industri kurier.

Semua rakyat Malaysia boleh terus menikmati pelbagai pilihan lagu dan kandungan terbaik yang disediakan oleh GEGAR di udara dan di aplikasi SYOK.

This image has an empty alt attribute; its file name is Imej-2_dari-kiri-Datuk-Mohd-Ali-Hanafiah-Mohd-Yunus-Ketua-Pegawai-Operasi-Suruhanjaya-Komunikasi-dan-Multimedia-Malaysia-Raja-Nadia-Salwana-Raja-Hisham-Pengurus-Kandungan-GEGAR-YB-Fahmi-Fadzil-Menteri-Komu-212x300.jpg

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button