Berita

PROMOSI MENARIK KFC & PIZZA HUT SEMPENA SAMBUTAN 65 TAHUN MERDEKA

Antara promosi yang ditawarkan KFC sempena sambutan kemerdekaan

Kuala Lumpur, 24 Ogos 2022 – KFC dan Pizza Hut Malaysia telah melancarkan tawaran istimewa sempena hari kemerdekaan negara ke-65, dengan tawaran hanya RM6.50 bagi menu-menu terpilih.

KFC menyediakan tiga jenis pilihan dengan harga RM6.50 iaitu Set A yang mempunyai seketul ayam KFC dengan Sos Jalapeno; Set B, menawarkan seketul ayam goreng dengan kentang putar; dan Set C, seketul ayam KFC Nasi Kolonel.

Antara promosi yang ditawarkan Pizza Hut sempena sambutan kemerdekaan

Penggemar pizza kini boleh menikmati piza bersaiz personal dan minuman berkarbonat di Pizza Hut pada harga serendah RM6.50, atau mereka boleh memilih untuk menambah (add-on) Hut’s Chocolate Lava cake pada harga RM6.50 (sah dengan sebarang pembelian). Promosi ini bermula pada 22 Ogos dan berlangsung sehingga 30 Ogos 2022.

“Selaku jenama yang telah menjadi sebahagian daripada sejarah panjang Malaysia, KFC berbesar hati untuk meraikan kejayaan ini bersama rakyat Malaysia dan kami berharap tawaran ini akan menambah keceriaan kepada pelanggan kami”, kata Chan May Ling, Ketua Pegawai Pemasaran, KFC Malaysia.

“Pizza Hut sinonim dengan detik istimewa dan Hari Merdeka adalah hari istimewa yang sentiasa dekat di hati kita semua. Kami berharap dapat menjadikan sambutan kemerdekaan tahun ini lebih ceria disamping keluarga, oleh itu kami berbesar hati untuk menawarkan promosi ini”, kata Emily Chong, Ketua Pegawai Pemasaran, Pizza Hut Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kfc.com.my dan www.pizzahut.com.my

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button