Berita

PROGRAM JELAJAH FRANCAIS BAY (PJFB) MEMBUKA PELUANG PERNIAGAAN FRANCAIS KEPADA MASYARAKAT DI LEMBAH KLANG

Program Jelajah Francais Bay (PJFB) akan membuka peluang kepada masyarakat sekitar Lembah Klang untuk menceburi bidang perniagaan francais dengan pakej mampu milik, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid.

Program itu merupakan platform yang dibangunkan kerajaan bagi peniaga mengembangkan perniagaan sedia ada untuk mempromosi perniagaan yang terkesan akibat pandemik COVID-19, seterusnya menyumbang kepada pengukuhan ekonomi negara. Sesi pameran francais itu berlangsung yang akan melibatkan sebanyak 20 syarikat francais tempatan yang bertujuan untuk memberi pendedahan tentang sistem perniagaan francais yang telah wujud di negara ini.

Menurutnya, PJFB di Shah Alam itu merupakan siri keempat selepas siri ketiga diadakan di Kuantan, Pahang pada 15 hingga 17 Julai, siri kedua di Johor Bahru, 9 hingga 11 Jun dan siri pertama di Kuching, Sarawak pada 27 hingga 29 Mei. Berdasarkan laporan Francais Bay 2022 yang dilaksanakan di tiga negeri itu, sebanyak 24 francaisor tempatan terlibat dengan seramai 59 potensi francaisi di Sarawak, 149 di Johor, 96 di Pahang menyatakan hasrat menjadi francaisi.

Mensasarkan sekurang-kurangnya 30 potensi francaisi dengan jangkaan nilai potensi pelaburan sebanyak RM 7.5 juta melalui PJFB di lembah Klang  ini. Kerajaan menggalakkan para peniaga untuk merebut peluang yang disediakan dari segi program latihan dan pembiayaan dalam meneroka perniagaan francais.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button