Berita

PR1MA Memperkasakan Agenda Malaysia Berdaya Huni Melalui Skim PR1MA Rent-To-Own

Rakyat golongan berpendapatan pertengahan (M40) diberikan peluang untuk memiliki rumah idaman melalui skim pemilikan perumahan secara mampu milik, Skim PR1MA Rent-to-Own (RTO) oleh Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) dengan kerjasama Malayan Banking Berhad (Maybank) yang merupakan langkah inisiatif diambil untuk meningkatkan pemilikan rumah dan memperkasa agenda Malaysia Berdaya Huni dalam kalangan Keluarga Malaysia terutamanya generasi muda.

YB Dato’ Sri Reezal Merian Naina Merican selaku dan Menteri Kewangan, YB Senarator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz telah melancarkan skim ini pada minggu yang lalu semasa pelancaran i-Biaya.

Setiap bakal pembeli Skim PR1MA RTO akan menerima pelbagai faedah seperti kos kemasukan rendah, kos bulanan yang rendah untuk lima tahun pertama serta harga rumah yang terkawal dan mampu milik melalui tawaran sebanyak 29 buah residensi PR1MA dengan lebih 1,000 unit.

“Selari dengan aspirasi kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) untuk menyediakan 500,000 unit rumah mampu milik, PR1MA akan terus mendukung usaha baik Kerajaan dalam membantu Keluarga Malaysia memiliki rumah pertama idaman mereka. Kami percaya bahawa Skim PR1MA RTO ini dapat membantu ramai anak muda yang masih belum layak untuk mengambil pinjaman perumahan biasa bagi memiliki rumah pertama mereka” ujar Dato’ Dr. Fathul Bari bin Mat Jahya selaku Pengerusi PR1MA.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA Datuk Seri Hj. Mohd Nazri bin Md. Shariff berkata, “Kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan institusi kewangan terbesar di Malaysia, Maybank dalam menunaikan impian rakyat Malaysia memiliki rumah pertama mereka.” Tambahnya lagi, “Antara kebaikan Skim RTO ini ialah para pembeli hanya perlu membayar RM1,500 untuk deposit harga kediaman yang bernilai RM250,000. Jika dibandingkan dengan pembelian rumah secara konvesional, bayaran permulaan atau deposit yang harus dikeluarkan oleh pembeli ialah 10% daripada harga rumah atau RM25,000,”

Selain itu, peruntukkan menghampiri nilai sebanyak RM 756,000 diperlukan bagi kelas bacaan Al-Quran untuk komuniti residensi PR1MA khususnya para kakitangan PR1MA serta ahli keluarga mereka. Program IQRA dibawah penganjuran PR1MA ini menyasarkan seramai 780 orang peserta daripada komuniti residensi PR1MA di lokasi terpilih di seluruh negara dan 65 peserta yang terdiri daripada kakitangan ibu pejabat PR1MA serta ahli keluarga mereka.

Program IQRA memfokuskan kepada pendekatan masyarakat kepada Al-Quran, mengenali Al-Quran melalui platform pendidikan dengan ekosistem yang strategik dan berkesan, membantu masyarakat menghayati dan mengaplikasi Al-Quran sebagai sumber rujukan dalam seharian.

Sebanyak tiga buah kelas yang disediakan iaitu Kelas Celik Al-Quran untuk kanak-kanak yang sukar membaca dengan lancar dan tidak mengenal huruf, kelas Ha-Fa Al-Quran untuk pelajar sekolah rendah yang boleh membaca dan berminat untuk menghafal manakala Kelas Tahsin dan Tadabbur Al-Quran khas untuk golongan dewasa yang ingin memperbaiki bacaan dan memahami maksud ayat-ayat Al-Quran sepanjang tempoh 12 bulan.

Tambahan lagi, PR1MA akan memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Univerisiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bagi bertujuan menyelaraskan inisiatif pengajian lanjutan kakitangan PR1MA dalam program ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan kedoktoran UIAM, menggalakkan penyelidikan dan kajian khusus dalam bidang yang akan memberi manfat kepada perkembangan program PR1MA, kerjasama dalam penerbitan serta penganjuran program akademik.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button