Berita

Platform Media Sosial Berevolusi di Malaysia iaitu FENIX 360

Mengikut peredaran zaman dengan kelengkapan teknologi yang canggih, sebuah platform artis-centric akan mengubah perniagaan tradisional para artis dengan pengalaman ekosistem 360 dan model pembayaran yang akan membolehkan artis dan pembikin atau pencipta dalam industri seni mengekalkan majoriti hasil pendapatan melalui FENIX360.

Jangkaan hasil pengiklanan daripada para artis yang terdiri daripada semua cabang seni adalah sebanyak 80 peratus melalui FENIX360 serta 95 peratus dari NFT, merchandise, tiket serta hasil livestream dalam ekosistem baru ini oleh teknologi secara blackchain.

Allan Klepfisz selaku Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif FENIX360 berkata “Kami akan berasa sangat gembira jika ada pihak lain yang akan mengikut jejak serta meniru obsesi kami terhadap kebajikan para artis.  Kami telah menambah sesuatu yang hebat dan sumber yang belum diterokai untuk mengembangkan peluang untuk penghasilan pendapatan artis”.

Pengasasnya telah menyaksikan berbilion dolar mengalir masuk ke dalam industri seni dan muzik namun para artis masih bergelut dengan masalah kewangan lalu beliau bertekad untuk mengubahnya dengan teknologi blockchain dengan cetusan idea pasukan antarabangsa dengan kepakaran hebat dan pemegang rekod berprestasi dalam sektor teknologi, muzik, seni, kewangan dan media.

Platform yang mesra pengguna dan dinanti-nantikan ini sering diperkatakan walaupun belum dilancarkan berikutan FENIX360 mampu untuk mengembangkan pertumbuhan artis di platform sosial media yang sedia ada malah kebolehan advanced seseorang artis itu atau sesiapa sahaja turut disediakan supaya aplikasi yang mudah dikongsi dalam masa kurang 20 minit dapat dicipta.  Selain itu, platform ini turut membenarkan para artis untuk membuat integrasi kandungan asal secara mudah dari akaun YouTube, Instagram dan Meta mereka serta-merta dianggap ‘sebuah aplikasi sosial media untuk semua’.

“Kami menghapuskan semua halangan dalam dunia kripto.  Anda dengan mudah boleh membeli koin FNX360 di aplikasi ini dan menggunakannya untuk sebarang pembelian.  Artis boleh mendapatkan bayaran dengan mudah tanpa kerumitan untuk menyediakan sistem e-dagang, menghasilkan NFT mereka sendiri tanpa kesukaran teknologi, mempunyai akses kepada dashboard dan rangkaian perkhidmatan untuk mempertingkatkan kerjaya mereka seperti live tour, penjualan tiket, pemasaran dan produksi.  There is real utility and it’s as close to frictionless as one can get” ujar Tomas Varga, Rakan Kongsi dan Ketua Strategi BlockChain FENIX360.

FENIX360 kini boleh didapati di laman web, Apple iOS dan Gedung Play Android atau layari https;//www.fenix360.net/

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button