Berita

Pertubuhan Pusat Data Usahawan dan Ekosistem Malaysia

Bagi menggalakkan pembangunan ekonomi akar umbi, Pusat Data Usahawan dan Ekosistem Malaysia (MEEDC) berusaha mewujudkan 222 pusat khidmat usahawan di setiap kawasan parlimen di seluruh negara, termasuk penciptaan dan pelancaran Grocer99 mart.com.

Selain itu, menurut presidennya, Tengku Adena Tengku Abdullah, projek pertama pertubuhan itu telah menunjukkan bahawa banyak perniagaan tempatan mengeluarkan barangan dan mampu untuk digerakkan ke hadapan. Ia akan menjadi pusat pemantauan untuk pendidikan, pertumbuhan ekonomi, dan perusahaan keusahawanan di setiap kawasan parlimen, dengan pusat perkhidmatan dan kedai Grocer99.

Mengikut apa yang dikatakan beliau, antara matlamat utama Grocer99 mart adalah untuk menyediakan peluang pasaran sedia ada kepada pengusaha produk makanan sejuk beku halal Islam bumiputera, serta membantu usahawan menaik taraf perniagaan mereka dengan mengembangkan pengeluaran. Pada masa yang sama, dapat menghasilkan produk makanan berasaskan pertanian dan perikanan untuk pengeluaran halal agar dapat berkembang ke pasaran tempatan dan antarabangsa.

“Konsep dan idea yang di ilhamkan oleh Penasihat Eksekutif MEEDC, Datuk Seri Ahmad Khusairi Bani Hashim Al-Haj ini telah berjaya terhasil dengan pembukaan cawangan pertama di seksyen 22 Shah Alam dan bakal dirasmikan oleh Y.A.M Tengku Puteri Dato’ Sri Hjh Zahariah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj yang juga merupakan Penaung Kehormat DiRaja MEEDC Malaysia dan akan berlangsung pada 29 Mei 2022 ini. Dengan sasaran utama pembinaan Grocer99 mart.com di seluruh negeri dan di setiap Wilayah Parlimen projek ini dengan jangkaan akan berada di bursa Malaysia pada tahun 2026.

“Melalui program ini, usahawan yang berhasrat untuk membina syarikat akan dibimbing sehingga mereka mampu membina legasi perniagaan yang boleh diwarisi,”

MEEDC telah ditubuhkan dengan jelas sebagai titik fokus untuk pemantauan antarabangsa, perancangan, pembangunan perniagaan, dan keusahawanan negara.

“Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera Islam dibawah projek Grocer99 Mart.com bakal membuka peluang kepada lebih banyak IKS untuk maju terus kehadapan membina idea dan perniagaan yang lebih berdaya saing.

Dengan menggunakan tagline Halal Itu Wajib, MEEDC dan program Grocer99 mart.com menunjukkan komitmen mereka untuk meningkatkan jenama ini ke tahap yang lebih tinggi di Bursa Malaysia@IPO.

“UNITED WE GROW THE NATION”

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button