Berita

Pertandingan Badminton Tahunan Piala Hari Malaysia Yang Pertama Di Selayang Mall

17 September 2022 – Selayang Mall menjadi tuan rumah pertandingan badminton tahunan Piala Hari Malaysia yang pertama. Pertandingan ini diadakan oleh Warisan Batu P115 dengan kerjasama Akademi Badminton Flying Spirit (FSBA) dan mendapat persetujuan daripada Persatuan Badminton Selangor.

Ia mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada komuniti di sana. Pertandingan badminton ini menjadi lebih meriah kerana disertai oleh wakil dari pelbagai negeri.

Selain itu, penganjur mempertandingkan pelbagai kategori dalam kejohanan tersebut yang menjadikan ia lebih rancak dan menyeronokkan.

Seterusnya, terdapat sesi bersama Wakil Warisan Parlimen Batu pada jam 2:00 petang. Beliau merasmikan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang dan memberikan sepatah dua kata kepada para hadirin yang terlibat dalam acara itu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button