Berita

Pertandingan Aspirasi Kampung Sejahtera 

This image has an empty alt attribute; its file name is Pertandingan-Aspirasi-Kampung-Sejahtera-400x400.jpg

Tujuan utama pertandingan ini diadakan adalah sebagai sebuah pengiktirafan kepada kampung yang berjaya menzahirkan aspirasi desa sejahtera selari dengan Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB) ke arah melahirkan masyarakat luar bandar sejahtera dalam pelbagai aspek kehidupan termasuk sosial, ekonomi, budaya dan persekitaran.  Tempoh pelaksanaan Pertandingan Aspirasi Kampung Sejahtera adalah selama enam (6) bulan bermula April sehingga Oktober 2022.

Berikut adalah tumpuan objektif pertandingan adalah:

  1. Menggerakkan komuniti kampung ke arah melahirkan masyarakat luar bandar yang proaktif dan berdaya saing menggunakan kaedah bottom-up approach
  2. Mewujudkan pengurusan institusi pentadbiran peringkat kampung yang lebih cekap dan efisien
  3. Meningkatkan kualiti hidup serta melahirkan masyarakat kampung yang berdaya saing, berinisiatif, berilmu, berdikari dan berdisiplin tinggi.

Sebanyak dua buah (2) kategori dibuka sepanjang pertandingan tersebut iaitu kampung tradisional dan Rumah Panjang di bawah pentadbiran JPKK/JPKKP dan kampung Orang Asli di bawah pentadbiran JPKKOA.  Penyertaan keseluruhan kampung yang diterima ialah sebanyak 126 kampung dari dua (2) kategori iaitu 112 buah kampung tradisonal dan Rumah Panjang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri, manakala pencalonan 14 buah kampung Orang Asli dikemukakan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).  Insentif penyertaan berjumlah RM 1.000.00 diberikan kepada setiap kampung yang telah dipilih bagi menyertai pertandingan.

Selain itu, dokumentasi lengkap berbentuk laporan bergambar perlu disediakan oleh setiap kampung sebagai penerangan dan bukti dan ciri-ciri aspirasi kampung sejahtera berdasarkan aspek yang dipertandingkan dan video ringkas berdurasi tidak melebihi 5 minit dengan kandungan penjelasan aspirasi kampung sejahtera dibawakan oleh kampung dan lain-lain aspek berkaitan pertandingan untuk sesi penilaian secara bersemuka.

Lima aspek yang dinilai bagi pertandingan ini merangkumi tadbir urus berkesan, inovasi dan aspirasi, ekonomi berdaya saing, modal insan, kesihatan dan persekitaran, prasana dan kemudahan masyarakat.

Hadiah berbentuk wang tunai akan diberikan kepada setiap para pemenang dan akan disalurkan kepada akaun JPPK /JPPKOA masing-masing setelah pengesahan dilakukan.  Johan Pertandingan Aspirasi Kampung Sejahtera akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM 30,000.00, Naib Johan membawa pulang wang tunai berjumlah RM 20,000.00 manakala wang tunai berjumlah RM 10,000.00 akan dibawa pulang oleh pemenang tempat ketiga.

Kategori khas aspirasi turut dipertandingkan bagi kampung yang berjaya menzahirkan aspirasi kampung sejahtera terbaik.  Johan pertandingan akan memenangi RM 5,000.00, Naib Johan memenangi RM 3,000.00 dan Tempat Ketiga memenangi RM 2,000.00.  Bukan itu sahaja, seramai 15 orang pemenang Penggerak Terbaik akan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM 500.00 bagi setiap seorang.

Komitmen dan kerjasama semua pihak di peringkat pelaksanaan adalah diharapkan bagi menjayakan pelaksanaan pertandingan ini selari dengan Dasar Pembangunan Luar Bandar untuk melahirkan masyarakat luar bandar yang sejahtera.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Check Also
Close
Back to top button