Berita

PERLUASAN DIGITALISASI PERUNCITAN (ReDI) KE BAZAR JB MERANCAKKAN AKTIVITI EKONOMI SEKTOR PERUNCITAN NEGERI JOHOR

 

JOHOR BAHRU, 6 Oktober 2022 – Dato’ Rosol bin Wahid, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, secara rasminya melancarkan Inisiatif Pendigitalan Runcit (ReDI) peringkat Negeri Johor hari ini di Bazar JB.

Pelancaran ReDI ini adalah sebahagian dari pelaksanaan inisiatif pengembangan sektor perniagaan yang menjadi teras utama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Program ReDI telah berjaya dilaksanakan di Putrajaya, Hulu Terengganu, Kapit Sarawak, Pulau Pangkor, Labuan, Sandakan, Sabah, Kuala Perlis, Perlis dan kemuncaknya oleh dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri di Bera, Pahang pada 27 Ogos 2022 yang lalu.

Sehingga 1 Oktober 2022 sebanyak 5,596 peniaga telah beralih ke medium digital dan kini ianya diperluaskan di lagi di Johor dengan menyasarkan keseluruhan 265 peniaga Bazar JB yang menjadi tumpuan pelancong dan orang ramai di sini. Inisiatif ReDI ini bukan sahaja dapat mengurangkan kebergantungan kepada wang tunai, malah memberi pelbagai manfaat kepada pengguna dan peniaga dalam tiga (3) aspek iaitu MUDAH, CEPAT DAN SELAMAT.

Selain itu, bagi menyokong pelaksanaan ReDI yang dilaksanakan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor dan rakan strategik penyedia ewallet ini, Kementerian bersetuju untuk menyalurkan peruntukan sebanyak RM10,400 bagi melaksanakan program insentif baru kepada peniaga dan pengguna secara tanpa tunai di Bazar JB ini.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pihak pemain industri dan orang ramai boleh menghubungi Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan (SPIP) di talian hotline 03- 8882 5881/ 5905 atau melalui emel kepada spip@kpdnhep.gov.my

YB Dato’ Rosol bin Wahid
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Johor Bahru, 1 Oktober 2022

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button