Berita

Perang dunia ke 3 bakal meIetus?

Portal berita antarabangsa, CNN melaporkan, Senator AS, Lindsey Graham berkata, Perang Dunia Ketiga akan tercetus jika China dan Iran terlibat daIam perang antara kedua-dua negara berkenaan. (Gambar hiasan)

PENGISYTIHARAN perang oleh Presiden Rusia, Vladimir Putin ke atas Ukraine pada Khamis menggemparkan masyarakat dunia.

Ketakutan terburuk akhirnya menjadi kenyataan apabila Putin mengumumkan operasi ketenteraan di televisyen dan beberapa minit kemudian tem’bakan dan peluru berpandu pertama dilancarkan ke Ukraine.

Perang antara dua negara itu berlaku dalam keadaan pandemik C0vid-19 masih belum berakhir bahkan di Malaysia, angka jangkitan kes harian pada Rabu merekodkan angka tertinggi iaitu 31,199 kes sejak wabak itu melanda negara.

Sesungguhnya perang dalam keadaan dunia yang masih bergelut dengan ‘musuh’ yang tidak dapat dilihat dianggap sebagai satu maIapetaka maha dahsyat.

Tidak cukup dengan ‘k0rban’ harian angkara C0vid-19, nyawa rakyat yang tidak berdosa di kedua-dua negara itu juga ibarat telur di hujung tanduk, bakal diragut bila-bila masa.

Lebih menggerunkan, konflik antara Rusia-Ukraine dikhuatiri bakal mencetuskan Perang Dunia Ketiga.

Portal berita antarabangsa, CNN melaporkan, Senator Amerika Syarikat (AS), Lindsey Graham berkata, Perang Dunia Ketiga akan tercetus jika China dan Iran terlibat dalam perang antara kedua-dua negara berkenaan.

Presiden AS, Joe Biden turut mengutuk serangan tidak wajar yang diIancarkan Rusia ke atas Ukraine.

Biden dalam satu kenyataan berkata, Putin telah memilih perang yang dirancang terIebih dahulu sehingga akan memberi kerugian besar terhadap nyawa dan penderitaan manusia.

Sebelum itu darurat selama sebuIan diisytiharkan di seluruh Ukraine ketika kebimbangan pencerobohan oleh Rusia semakin memuncak.

Ia susuIan penggubal undang-undang meluluskan dekri oleh Presiden Volodymyr Zelenskyy untuk mengadakan da’rurat selama 30 hari bermula Khamis.

Pengisytiharan berkenaan susulan tindakan Putin pada Isnin yang mengiktiraf kemerdekaan dua wilayah pemberontak di timur Ukraine.

Sekiranya Perang Dunia Ketiga berlaku tidak dapat dibayangkan berapa ramai nyawa yang tidak berd0sa akan terk0rban selain kesan peperangan itu pastinya akan menjejaskan ekonomi dunia di saat ekonomi ketika ini masih belum pulih gara-gara pandemik.

Apa yang pasti ketika ini, peperangan itu turut memberi tempias kepada rakyat Malaysia yang berada di Ukraine.

sumber: rentas.asia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button