Berita

Pengorbanan Seorang Wanita Demi Keluarga, Mampukah Ia Dihargai?

Sebuah drama terbaharu akan bersiaran mulai 15 Julai 2022 iaitu Selamanya Suri Cinta yang memaparkan konflik antara sang suami dan isteri dalam mempertahankan serta menanggung dugaan yang dihadapi oleh keluarga tercinta melalui tayangan pada setiap hari Khamis dan Jumaat pada jam 9.30 malam di saluran TV9. Drama bersiri 20 episod ini adalah terbitan Suhan Movies, arahan Zakaria dan nukilan skrip daripada Azliah Wahab, Ramlah Rashid, Hasnita Hamidi dan Haslizawaty Hassan.  Pelakon hebat tanah air turut digandingkan bersama-sama menerusi drama ini seperti Siti Nordiana, Sham Visa, Faradhiya dan Fahrin Ahmad, Raja Azmi, Adriana Alyssa, Ziqri Mikhail dan Aryan Adzrin. Pasangan suami isteri berpangkat tinggi di sebuah syarikat lakonan Siti Nordiana sebagai Wanda dan Sham Visa sebagai Fairuz dikurniakan tiga orang anak iaitu Shazwani, Shazril dan Shazli.  Wanda dan Fairuz mula bersaing sejak dibangku persekolahan sehingglah ke alam perkahwinan. Selain itu, pasangan suami isteri tersebut turut sentiasa bersaing antara mereka untuk menjadi ibu bapa yang terbaik buat anak mereka namun segalanya berubah apabila Shazni iaitu anak bongsu mereka dihadapi penyakit Hemofilia.  Demi menjaga Shazni, Wanda melepaskan impiannya dengan meletakkan jawatan yang dijawatnya sekarang.  Pelbagai masalah dan konflik mula timbul diantara Wanda dan anak-anaknya sejak Wanda melakukan perngorbanan untuk menjadi seorang suri rumah.
Pasangan suami isteri, Fairuz dan Wanda
Kehidupan Wanda terus diuji apabila suaminya iaitu Fairuz menjalin hubungan rapat dengan sahabat baiknya Maisarah lakonan Faradhiya.  Perasaan cemburu mula timbul dalam diri Wanda serta dia berasa resah dengan keutuhan perkahwinan mereka.  Disebabkan itu, hubungan Wanda dan Fairuz yang pada mulanya dipenuhi dengan kebahagiaan kini dilanda badai akibat ego dan komitmen. Dapatkah pasangan suami isteri Wanda dan Fairuz berbaik semula selepas hubungan mereka diuji?  Bagaimanakah Wanda mempertahankan kebahagiaan keluarganya? Jangan ketinggalan untuk menonton Selamanya Suri Cinta pada setiap hari Khamis dan Jumaat, jam 9.30 malam di saluran TV9 dan strim secara langsung di www.tonton.com.my.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button