Berita

PENGISYTIHARAN MALAYSIA REPROGRAPHIC RIGHTS CENTRE BERHAD (MARC) SEBAGAI ORGANISASI PENGURUSAN KOLEKTIF MEWAKILI KARYA SASTERA, SENI, IMEJ DAN ILUSTRASI

 

Harini secara umumnya Reprographic Rights Centre Malaysia Berhad (MARC) diumumkan sebagai badan pengurusan kolektif yang diiktiraf kerajaan yang ditugaskan untuk mengutip royalti bagi pihak penulis, penerbit dan artis Malaysia dalam industri percetakan dan penerbitan.

MARC ialah pengurusan kolektif yang diisytihar oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) yang telah diberi kuasa mengutip royalty karya sastera, seni, imej dan ilustrasi serta mengeluarkan lesen penggunaan tersebut bagi pengguna di Malaysia.

MARC, menurut YB ‘Rosol Wahid, memantau penggunaan semula karya bercetak dan digital di seluruh negara, termasuk di sekolah, universiti, perpustakaan, dan pusat cetak, dengan kerjasama entiti kerajaan yang berkaitan seperti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). kemudian kutip royalti sebelum diagihkan kepada pemilik harta intelek.

 

Ia juga dianggotai bersama oleh Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM), Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA), Persatuan Aktivis Komik Malaysia (PEKOMIK), dan Persatuan Buku Gambar Kanak-Kanak Malaysia (MYCPB).

Sebelum ini, YB Dato’ Rosol Wahid telah mempengerusikan Seminar Kebangsaan bertajuk “Mengurus Hak Cipta dalam Pendidikan Malaysia” di sebuah hotel di bandar raya ini. Seminar ini, antara lain, akan menghimpunkan mereka yang terlibat dalam pendidikan dan pengajian tinggi untuk membincangkan kepentingan hak harta intelek dalam industri imej dan percetakan (reprografi) Malaysia. Seminar ini juga merupakan medan dan peluang terbaik untuk para peserta mengetahui tentang perkembangan terkini dalam hak reprografi antarabangsa dan dalam negara.

Penubuhan dan pemerbadanan MARC sebagai organisasi pengurusan kolektif akan memberi lebih  manfaat kepada ahlinya dalam pelbagai cara, termasuk mengurus hak royalti dan memastikan kebajikan mereka dalam industri percetakan dan penerbitan karya sastera, seni, imej dan ilustrasi.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button