Berita

Pengguna Diminta Berhubung Terus Dengan MAVCOM Untuk Masalah Berkaitan Dengan Perkhidmatan Penerbangan

Pelbagai aduan berkenaan harga, perkhidmatan, pertukaran jadual dan pembatalan penerbangan daripada pengguna diterima oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Mulai 01 Mac 2016, sebarang isu berkaitan dengan perkhidmatan mana-mana syarikat penerbangan melalui Akta Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2015, Akta A1498, Seksyen 99 (1) c yang telah dipinda, ia adalah diluar bidang kuasa Tribunal Tuntutan Pengguna, KPDNHEP dan semua pengguna perkhidmatan pengangkutan awam dimaklumkan untuk merujuk kepada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).

Semua pengguna diseru oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk menyimpan atau merakam semua transaksi apabila berhubungan dengan syarikat penerbangan dan membuat aduan terus kepada MAVCOM beserta dengan bahan bukti yang telah dirakam dan disimpan.  Aduan boleh dibuat melalui pautan https://flysmart.my/en/make-a-complaint/ atau emel enquiries@flysmart.my jika mereka berhadapan dengan masalah seperti yang dinyatakan di atas.

Segala aduan yang Kementerian terima selama ini telah dimajukan kepada MAVCOM untuk tindakan selanjutnya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button