Berita

Pencarian Bakat Nyanyian Di Sri Pentas, TV3, Sabtu & Ahad Ini

 

TV3 bakal memperkenalkan sebuah rancangan realiti nyanyian baharu #playlistAJL pada bulan Ogos nanti. Ia merupakan sebuah rancangan dengan konsep yang bakal membuka peluang baharu kepada mereka yang ingin mengetengeahkan bakat dan melebarkan sayap di industri hiburan. Sudah pastinya rancangan ini bakal menjadi rancangan hiburan kegemaran rakyat Malaysia.

Penyertaan program nyanyian terbaharu ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur antara 18 hingga 30 tahun serta berkebolehan untuk bernyanyi dalam pelbagai genre muzik. Kami hanya menerima penyertaan secara solo. Anda dialu-alukan untuk hadir ke sesi uji bakat yang bakal berlangsung pada 2 dan 3 Julai 2022, bertempat di Sri Pentas, Bandar Utama dari pukul 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Sila bawa kad pengenalan, gambar terkini dan ‘minus one’ ketika hadir ke sesi uji bakat.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia. Gunakan #playlistAJL untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial! 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button